KL CHRONICLE: KENYATAAN MEDIA RASMI KETUA PESURUHJAYA SPRM: SPRM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MANA-MANA KENYATAAN TANPA IZIN

Thursday, January 28, 2016

KENYATAAN MEDIA RASMI KETUA PESURUHJAYA SPRM: SPRM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MANA-MANA KENYATAAN TANPA IZIN


Lanjutan daripada laporan media hari ini, saya ingin menyatakan sekali lagi yang SPRM tidak akan, sama sekali, mempertikai atau mempersoal keputusan Peguam Negara terhadap kes Perdana Menteri.



Sebagaimana dinyatakan semalam, rujukan kami kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) adalah langkah standard operasi sebagai sebahagian daripada proses memuktamadkan sesuatu kes.

Bagi memberi perincian lebih jelas, kuasa Peguam Negara terhadap semua prosiding jenayah diberikan kepada beliau sebagaimana diperuntukkan oleh Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dipertikai atau dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa.

Dan lanjutan daripada laporan media mendakwa terdapat pegawai SPRM yang mengeluarkan kenyataan media tanpa izin serta membuat pelbagai andaian, saya ingin jelaskan, jika ini benar, perbuatan itu tidak akan ditoleransi dan tindakan akan diambil.

Saya telah mengarahkan satu laporan polis dibuat mengenainya agar satu siasatan secara bebas boleh dilakukan.

Pegawai SPRM mestilah mendukung tata etika paling tinggi dan akan dipertanggungjawabkan akan sumpah jawatan yang dipegang mereka.

Melihat ke hadapan, tiada kenyataan oleh mana-mana individu akan mewakili agensi ini sebagai kenyataan rasmi kecuali ia dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM selepas menerima kelulusan saya.

TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
KETUA PESURUHJAYA SPRM 
PUTRAJAYA
28 JANUARI 2016

https://www.facebook.com/sprm.benci.rasuah/photos/a.379271266935.157657.247689136935/10153472828516936/?type=3

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget