KL CHRONICLE: Izzah malukan @dapmalaysia, yakin PKR tawar calon terbaik di #Sarawak

Tuesday, January 19, 2016

Izzah malukan @dapmalaysia, yakin PKR tawar calon terbaik di #Sarawak



PKR akan tetap menawarkan calon terbaik mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak meskipun mengakui sukar untuk mereka menafikan populariti ketua menterinya, Tan Sri Adenan Satem.


Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, PKR akan bekerja keras untuk menentang Barisan Nasional (BN) di negeri itu walaupun populariti parti itu begitu baik di Sarawak.

"Kajian menunjukkan Adenan mempunyai 76% populariti, kita harus kerja keras. Tawarkan calon terbaik lahirkan suara warga Sarawak.

"Tapi kita pragmatis mengetahui Adenan faktor utama BN lebih baik di Sarawak," katanya, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai selepas mengahadiri forum "Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian" anjuran syarikat penerbitan Karangkraf di Shah Alam.

Selain itu, Nurul Izzah berkata PKR juga percaya dan berpegang kepada prinsip "1 lawan 1" dalam pilihan raya berkenaan, walaupun PAS sebelum ini dilaporkan berkata akan tetap bertanding di kerusi yang diwakili pakatan pembangkang.

"Kita sebagai parti yang menyedari hanya 1 cara nak lawan BN. 1 lawan 1. Kita teruskan dengan prinsip itu," katanya.

Ketua dewan ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed sebelum ini berkata, parti itu tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada Amanah. Kalau nak bertandinglah tiga penjuru," katanya.

PAS tidak menyertai Pakatan Harapan, selepas Pakatan Rakyat yang dianggotainya terkubur ekoran sikap rasis dan anti -Melayu DAP. 

Susulan itu, pemimpin pro DAP dalam PAS yang tewas dalam pemilihan parti bertindak meninggalkan PAS lalu membentuk Amanah, yang kemudiannya menjadi anggota baharu blok pembangkang yang menubuhkan Pakatan Harapan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget