KL CHRONICLE: Dr Mahathir & Proton Dibidas guna Patriotisme untuk tingkatkan jualan kereta

Thursday, January 7, 2016

Dr Mahathir & Proton Dibidas guna Patriotisme untuk tingkatkan jualan kereta



Perniagaan menggunakan jenama agama bukan satu kesalahan, sebaliknya ia salah satu kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan terhadap pengguna sasar, kata para cerdik pandai, susulan kritikan yang dilemparkan ke atas syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air.


Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Dr Maszlee Malik berkata, sejak sekian lama, aktiviti perniagaan menggunakan pelbagai medium pemasaran, termasuklah pendekatan menggunakan bangsa, jantina dan agama.

"Sebagai penyokong pasaran konsumerisme, saya merasakan penentunya adalah pengguna. Yang penting, pilihan di tangan pengguna dan mengelak aktiviti monopoli," katanya kepada The Malaysian Insider.


Maszlee berkata, perkara itu bukan perkara baru, malah sejak bermulanya era konsumerisme, perniagaan turut menggunakan pendekatan nasionalisme dan patriotik dalam memasarkan produk mereka.

"Sebagai contoh Proton, mereka menjualnya menggunakan elemen patriotik," katanya merujuk kepada produk kereta nasional negara.

Menurut laporan Free Malaysia Today kelmarin, pengasas dan pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanya semata-mata bertujuan mengaut keuntungan menggunakan nama Islam.

Rayani Air, dengan 355 kakitangan, 8 juruterbang dan 50 petugas anak kapal kabin, tidak menghidangkan alkohol di atas penerbangannya dan mewajibkan anak kapalnya memakai tudung.

Ia melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 20 Disember.

Nama Rayani Air merupakan hasil gabungan nama pemilik syarikat penerbangan itu iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan.

"Ini kuasa pasaran, dan paling penting kita berikan pilihan kepada pengguna, dan tatacara etika menggunakan produk yang menggunakan nama agama ini," kata Maszlee.

Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata melalui perniagaan yang mempunyai elemen keagamaan dalam produk mereka, orang Islam akan mempunyai pilihan di pasaran.

"Saya percaya itu satu kebaikan, memudahkan garis panduan umat Islam, sebagai contoh ada tanda halal, itu memudahkan kita," katanya.

Malah, Islam juga katanya menuntut umatnya menggunakan produk yang bersih dan suci dalam urusan seharian mereka.

"Matlamat kita hidup adalah bahagia di dunia dan akhirat. Kita hidup ini ada perkiraannya.

"Sudah tentu kita akan bersihkan tindak tanduk kita mengikut syarak, memberikan keluarga kita benda halal dan suci," katanya.

Ketua Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia Hafez Sabri dalam kenyataannya mengakui memang terdapat individu yang menggunakan nama Islam bagi mempromosikan barangan dan jualan.

Bagaimanapun, katanya, bukan bermakna semua yang berorientasikan Islam atau patuh syariah boleh dituduh sebagai mempergunakan agama.

"Dr Mahathir menyatakan pemilik Rayani Air cuba menggunakan nama Islam bagi mengaut keuntungan.

"Persoalannya apakah ada syarikat penerbangan di Malaysia yang mematuhi panduan syariah sebelum ini?

"Walaupun pemilik Rayani Air bukan beragama Islam, namun kecenderungan pada pengamalan Islam itu harus dipuji," katanya. – 7 Januari, 2016.

3 comments:

Cahaya Al Majid said...

Mengamal cara Islam tetapi tak yakin dengan agama Islam tidakkah menipu secara terangan namanya. Menjual atas nama Islam untuk keuntungan.

Cahaya Al Majid said...

Mengamal cara Islam tetapi tak yakin dengan agama Islam tidakkah menipu secara terangan namanya. Menjual atas nama Islam untuk keuntungan.

wayau said...

Macam Hong Leong Islamic Bank tapi Hong Leong pemilik bank tu sendiri bukan Islam.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget