KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD sediakan Lesen Bas Sementara sempena Tahun Baru Cina C.c. @SPADChannel

Saturday, January 16, 2016

#DemiRakyat SPAD sediakan Lesen Bas Sementara sempena Tahun Baru Cina C.c. @SPADChannel


Menyedari hakikat bahawa jumlah penumpang bas express akan meningkat menjelang cuti Tahun Baru Cina yang akan berlangsung beberapa minggu dari sekarang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertindak proaktif dengan mengeluarkan Lesen Bas Sementara (LBS) bagi menampung permintaan yang tinggi. Ini sekaligus memastikan rakyat/penumpang dapat pulang secara selesa dan tanpa sebarang masalah pada cuti Tahun Baru Cina.




Bagi kami di #KLChronicle, SPAD telah menggunakan pengalaman mereka sejak beberapa tahun lalu dimana setiap kali musim perayaan akan timbul isu – isu dimana perkhidmatan bas tidak mencukupi. Malah, kadang kala berlaku kes dimana rakyat/penumpang ditipu oleh pengusaha bas dan sekaligus menyebabkan penumpang terkandas di stesen – stesen bas.

Bagi mengelakkan perkara ini dari terus berulang, SPAD bermula awal dengan memperkenalkan LBS dimana semua bas tambahan yang mahu memberi perkhidmatan kepada rakyat/penumpang perlu memohon LBS ini dan mereka akan berdaftar dengan SPAD. Ini akan mengelakkan daripada berlaku isu “bas haram” digunakan sehingga membahayakan penumpang dan juga mengelakkan isu dimana berlaku penipuan dalam penjualan tiket perjalanan tetapi bas tidak wujud.

Bukan sahaja mengeluarkan LBS, malah SPAD juga akan mengerahkan semua penguatkuasa mereka untuk menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara terutamanya lebuhraya dan stesen utama bagi memastikan keselamatan rakyat/penumpang terjamin. Umum ketahui bahawa bila cuti perayaan akan timbul isu “ulat tiket” dan diharap penguatkuasa SPAD dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya semua ulat – ulat tiket ini ditangkap kerena mereka hanya menyusahkan rakyat/penumpang.



Akhir sekali, kami di #KLChronicle berharap rakyat/penumpang melengkapkan diri dengan nombor – nombor penting seperti nombor aduan SPAD, JP, PDRM dan sebagainya kerana ini akan berguna bila berlakunya kecemasan. Malah, usaha SPAD ini sebenarnya wajar diberi pujian kerana telah terbukti SPAD is getting prepared for the Chinese New Year celebrations. Mana – mana fitnah yang mengatakan SPAD tidak bekerja dan tidak bersedia adalah hanya tipu semata – mata. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget