KL CHRONICLE: #DemiRakyat @LiowTiongLai & @MoTMalaysia akan kenakan peraturan baru kepada lori #Bauksit

Sunday, January 10, 2016

#DemiRakyat @LiowTiongLai & @MoTMalaysia akan kenakan peraturan baru kepada lori #Bauksit


Menyedari bahawa perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menetapkan bahawa lori yang mengangkut bauksit akan dikenakan beberapa peraturan baru bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.



Antara peraturan baru yang akan diperkenalkan adalah lori yang membawa bauksit akan mempunyai had laju yang perlu pemandu lori patuhi dan juga laluan baru bagi mengelakkan lori bauksit dibawa keluar mengikut jalan-jalan utama. Ini adalah sebahagian langkah kerajaan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Peraturan baru ini adalah susulan daripada perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia dan Alam Sekitar. Umum ketahui bahawa perlombongan bauksit di Kuantan,Pahang kini sudah digantung selama 3 bulan bagi menguruskan masalah pencemaran bauksit yang telah menyusahkan penduduk setempat.

Bagi kami di #KLChronicle, isu Bauksit merupakan satu isu yang sangat serius. Malah, jika isu ini tidak ditandatangani dengan baik kerajaan Barisan Nasional negeri Pahang boleh tumbang akibat ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan negeri.

Malah, dengan pengumuman baru yang dibuat oleh SPRM bahawa 7 orang telah ditangkap kerana menerima rasuah dari pengusaha bauksit, ini membuktikan perlombongan bauksit secara haram juga berlaku. Bagi kami ini juga adalah satu sebab kenapa isu Bauksit ini menjadi hangat kerana banyak perlombongan haram yang berlaku dimana pelombong ini tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan!

Kami berharap kerajaan negeri dan Persekutuan akan terus bekerjasa untuk menyelesaikan masalah ini once and for all demi penduduk Kuantan.

Good luck!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget