KL CHRONICLE: Akhirnya KAFA setuju tukar warna stadium ikut kehendak Dr. Vida

Monday, January 4, 2016

Akhirnya KAFA setuju tukar warna stadium ikut kehendak Dr. Vida



Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak mempunyai halangan untuk bersetuju dengan syarat yang diberikan Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd untuk menukarkan warna stadium kepada merah jambu namun ianya perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri, lapor Sinar Harian.


Naib Presiden Kafa Datuk Rosmadi Ismail berkata, persatuan bola sepak itu perlu memperhalusi syarat tersebut memandangkan ianya melibatkan kerajaan negeri kerana stadium berkenaan di bawah kelolaan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

"Macam tukar warna stadium, Kafa boleh bersetuju dengan syarat itu tetapi kita kena tengok pula kelulusan daripada kerajaan negeri," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.


Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida mencetuskan kontroversi apabila  meletakkan 2  syarat  sebelum bersedia menaja badan induk bola sepak negeri itu.


Dua syarat itu ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan "Pamoga Qu Puteh TRW ".

Menurut Rosmadi, Kafa dijangka akan muktamadkan keputusan berhubung penajaan itu sekembalinya Presiden Tan Sri Annuar Musa daripada mengerjakan umrah 7 Januari ini.

"Memang secara dasarnya kita setuju  dengan tawaran penajaan itu.

"Namun masih ada banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum satu keputusan terbaik dicapai.

"Misalnya apa yang boleh kita berikan dalam bentuk pulangan maksimum kepada syarikat itu sekiranya menaja pasukan Kelantan," katanya. – 4 Januari, 2016.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget