KL CHRONICLE: Zaid Ibrahim akan didakwa dibawah Akta Hasutan

Thursday, December 3, 2015

Zaid Ibrahim akan didakwa dibawah Akta Hasutan


Bekas presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Difahamkan juga Zaid akan berjumpa dengan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang ini tetapi tujuan pertemuan itu tidak diketahui.



Zaid sudah memberi keterangannya kepada polis pada 16 dan 17 November lalu berkenaan kes itu.

Bagaimanapun, Zaid enggan memberi komen ketika ditanya pagi ini berhubung pendakwaan yang akan dikenakan kepadanya, dan berkata akan hanya berbuat demikian selepas mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu.

Bekas menteri undang-undang itu sebelum ini terkejut kerana ucapannya bertajuk, "Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad", yang dibuat di Kelab Diraja Selangor pada September, dianggap menghasut.

Ucapannya itu turut dimuat naik ke blognya, www.zaid.my, bertajuk "Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad". – 3 Disember, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget