KL CHRONICLE: @weekasiongmp Bidas Sikap Hipokrit @cmlimguaneng dan @dapmalaysia

Friday, December 18, 2015

@weekasiongmp Bidas Sikap Hipokrit @cmlimguaneng dan @dapmalaysia



Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini membidas sikap hipokrit DAP yang terus bekerjasama dengan PAS di Selangor walaupun PAS kini bukan sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Ini susulan dari kritikan DAP terhadap kerjasama UMNO dan PAS serta sikap DAP yang cuba menakutkan rakan berbangsa Cina tentang hukum Hudud. 



Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pertemuan antara UMNO dan PAS lebih lebih bersifat kerjasama sesama Islam iaitu " Umno and PAS were working on matters related to Islamic doctrine" dan bukannya cubaan UMNO dan PAS untuk menindas orang Bukan - Islam seperti yang cuba difitnah oleh DAP. Sikap DAP ini memang tidak bertanggungjawab dan wajar diambil tindakan. 

Kerjasama UMNO dan DAP?
Malah, menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, jika mengikut logik tidak masuk akal Lim Guan Eng, adakah kerjasama baik kerajaan Pulau Pinang dan Kementerian Pelancongan terutamanya hubungan Guan Eng dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk mempromosi sektor pelancongan di Pulau Pinang bermaksud bahawa DAP kini telah bekerjsama dengan UMNO? Sudah pasti tidak dan kerjasama ini adalah untuk sama - sama membangunkan sektor pelancongan Pulau Pinang dan negara. Ianya bukan kerjasama politik. 

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menunjukkan sikap matang beliau sebagai seorang pemimpin dah ahli politik berbangsa Cina. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedar bahawa umat Islam sebagai majoriti di negara ini sudah pastinya akan bekerjasama untuk umat mereka. Namun, dengan sikap Lim Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang bersikap kebudak-budakan sehingga paranoid dengan kerjasama antara UMNO dan PAS. 

Kami sangat berharap rakan - rakan berbangsa Cina akan kembali ke Barisan Nasional dan bersama - sama  MCA. MCA sehingga hari ini telah membuktikan politik mereka adalah politik matang dan walaupun mereka tewas pada PRU 13  dan PRU 14 mereka tetap meneruskan khidmat bakti mereka untuk masyarakat Cina dan rakyat Malaysia secara amnya. Apa lagi yang kita mahu? 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget