KL CHRONICLE: Untunglah @N_Izzah boleh bawa Jacel Kiram, Estrada sebagai saksi

Thursday, December 3, 2015

Untunglah @N_Izzah boleh bawa Jacel Kiram, Estrada sebagai saksi


Anak kepada KETUM PKR, Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah Anwar boleh membawa Puteri Kesultanan Sulu, Jacel Kiram sebagai saksinya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menyokong kenyataannya berhubung lawatan ke Manila, Filipina dan gambarnya bersama puteri itu, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, juga boleh membawa bekas presiden Filipina, Joseph Estrada sekalipun sebagai saksinya.





"Saya sudah cakap daripada tadi usul yang kita bawa sebenarnya satu usul yang dibawa untuk memberi Lembah Pantai peluang bela diri dan bawa saksi untuk maklumkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tentang apa yang berlaku, seperti pembiaya program, lawatan, siapa ada bersama," kata Azlina pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, jawatankuasa berkenaan juga berhak memutuskan tindakan yang boleh dikenakan terhadapnya, malah mereka juga boleh membebaskannya jika berpuas hati dengan penjelasan diberikan.

"Ahli jawatankuasa itu merangkumi kerajaan dan pembangkang. Kita pun mungkin berdepan situasi kalau jawatankuasa itu berpuas hati mereka ada cadangan untuk bebaskan Lembah Pantai," katanya. – 3 Disember 2015, 2015. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget