KL CHRONICLE: Tips untuk dapatkan diskaun bila naik LRT #Jimat #PenggunaBijak

Thursday, December 3, 2015

Tips untuk dapatkan diskaun bila naik LRT #Jimat #PenggunaBijak



Baru - baru ini syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan struktur tambang baru untuk ketiga-tiga perkhidmatan mereka iaitu perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel KL. Keputusan ini telah menyebabkan ramai pengguna tidak puas hati kerana dikatakan tambang baru ini adalah "kejam". Oleh itu, kami di #KLChronicle ingin memberikan anda tips bagaimana untuk mendapatkan diskaun bila menaiki LRT:




1.  Menggunakan mod pembayaran bukan tunai atau ‘cashless’.
2.  Menggunakan “MyRapid Smart 7 Mingguan” untuk diskaun antara 18 dan 26 peratus
3. Menggunakan “MyRapid Smart 30 Bulanan” untuk diskaun antara 20 sehingga 35 peratus

Malah, kelebihan utama kad baru “MyRapid Smart 7 Mingguan” dan MyRapid Smart 30 Bulanan” adalah para penumpang boleh membawa ke hadapan baki daripada nilai simpanan  kad ke bulan berikutnya. Ini berbeza dengan kad-kad bulanan yang digunakan sekarang di mana perjalanan-perjalanan yang tidak digunakan akan lupus bersama-sama dengan kad berkenaan.


Tidak lupa juga, warga emas, golongan kelainan upaya, dan para pelajar akan terus menikmati diskaun 50 peratus daripada kadar tunai. Jadi terbukti jika anda rajin membaca, anda dapat jimat sehingga 35%  tambang LRT anda jika anda menggunakan kad MyRapid Smart 30. Jadi tunggu apa lagi?








No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget