KL CHRONICLE: Tahniah McDonald's Malaysia Anjurkan Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias

Monday, December 14, 2015

Tahniah McDonald's Malaysia Anjurkan Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias



Tahniah diucapkan kepada syarikat McDonald's Malaysia yang telah berjaya menganjurkan Program Santai Bersama Ustaz Mohamad Kazim Elias di kawasan Felda Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada malam tadi. Program santai bersama Ustaz Mohamad Kazim Elias ini telah dihadiri oleh hampir 5,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka dan anak - anak FELDA. 




Penganjuran program Santai Bersama Ustaz Mohamad Kazim Elias ini sekaligus membuktikan apa yang kami di #KLChronicle kata sebelum ini iaitu McDonald's Malaysia tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Israel atau pun dimiliki oleh orang - orang Yahudi. Artikel kami sebelum ini telah menjelaskan bahawa McDonald's tidak dimiliki oleh mana - mana individu tetapi dimiliki oleh 1.8 juta orang sebagai pemegang saham. Jika McDonald's Malaysia dimiliki oleh orang Yahudi, mana mungkin mereka mahu mengadakan program ilmiah sebegini bersama Ustaz Kazim Elias. 



Kejayaan McDonald's Malaysia mengadakan program ilmu sebegini sudah pasti akan membuka mata ramai pihak tentang program - program Corporate Social Responsiblity (CSR) yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia. McDonald's Malaysia telah membuktikan bahawa pendapatan yang mereka terima dari rakyat dikembalikan kepada rakyat dengan pelbagai program yang bermanfaat. 



Malah, bukan sahaja McDonald's Malaysia aktif dalam mengadakan pelbagai program CSR, mereka juga menggaji beribu anak tempatan yang berbangsa Melayu dan Islam sebagai pekerja di restoran - restoran mereka. Ini sekaligus memberi peluang kepada anak muda bangsa untuk mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan bersama keluarga masing - masing. 

Bagi kami, sikap segelintir rakyat Malaysia yang mahu memboikot McDonald's Malaysia adalah satu usaha yang tidak bertanggungjawab kerana akhirnya yang rugi adalah pekerja McDonald's Malaysia. Ini kerana bila pendapatan McDonald's Malaysia berkurangan, mereka terpaksa memberhentikan kakitangan yang rata - rata terdiri daripada orang Melayu Islam. Adakah kita mahu ini berlaku? 

Renungkanlah.... 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget