KL CHRONICLE: Survey SPAD mendapati hampir 76.4% rakyat percayakan Uber & GrabCar

Wednesday, December 2, 2015

Survey SPAD mendapati hampir 76.4% rakyat percayakan Uber & GrabCar



Baru-baru ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan satu survey dimana objektif utama survey ini diadakan adalah untuk mendapat maklum balas rakyat Malaysia berkaitan perkhidmatan teksi sedia ada dan bagaimana untuk memperbaiki perkhidmatan ini untuk kesejahteraan semua pihak. Keputusan survey diatas memberi beberapa petunjuk penting kepada SPAD antaranya:



  • 76.4% pengguna pengangkutan awam lebih selesa menggunakan Uber dan Grabcar
  • 86.6% pengguna mengatakan bahawa teksi bermeter "overcharge" 
  • 42.5% pengguna mengatakan teksi bermeter kotor
  • 40.0% pengguna mengatakan tidak puas hati kerana teksi bermeter tidak selesa
  • 35.0% pengguna mengatakan tiada teksi di kawasan mereka
  • 23.5% pengguna mengatakan pemandu teksi tidak tahu jalan atau lokasi destinasi penumpang
  • 20.0% pengguna mengatakan pemandu teksi tidak kemas dan berpenampilan baik
  • 11.8% pengguna mengatakan pemandu teksi tidak banyak membantu

Bagi kami di #KLChronicle, survey yang dilakukan oleh SPAD ini merupakan satu langkah bijak bagi SPAD mendapat feedback secara organik dari rakyat dan seterusnya menyelesaikan segala masalah yang ada. Mungkin semua masalah tidak dapat diselesaikan serentak tetapi mana yang boleh dilakukan dengan mudah, dilakukan terlebih dahulu seperti memastikan teksi bersih dan selesa serta pemandu berketerampilan kemas. Ini dapat dilakukan tanpa kos yang tinggi kepada syarikat teksi mahupun pemandu. 

Malah bagi kami, survey ini juga merupakan satu cara bagi SPAD memahami sentimen rakyat terhadap industri teksi. Industri teksi di negara ini sudah banyak kali dikecam kerana memberikan perkhidmatan yang buruk sehingga kadang kala yang menjadi mangsa adalah pelancong yang datang ke negara ini sekaligus memburukkan imej Malaysia dimata dunia. Kami yakin SPAD tidak mahu perkara ini berulang. 

Bagi mereka yang belum mengisi borang survey ini, anda boleh lakukan di sini : SURVEY

Ayuh kita bantu SPAD supaya industri teksi di negara ini bertambah baik!



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget