KL CHRONICLE: Setelah dikritik oleh rakyat, ERL pertahan kenaikkan tambang

Wednesday, December 2, 2015

Setelah dikritik oleh rakyat, ERL pertahan kenaikkan tambang


Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mempertahankan keperluan untuk menaikkan tambangnya bagi kekal mampan.

Katanya tambang untuk perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit tidak berubah sejak April 2002 walaupun kos operasi dan penyelenggaraan meningkat.



"Projek ERL dilaksanakan dengan kos RM2.4 bilion dan syarikat  mengalami kerugian terkumpul sehingga RM671.7 juta.

"Pada Julai tahun ini, pemegang saham ERL menyuntik modal tambahan sebanyak RM72 juta kepada syarikat," katanya dalam kenyataan hari ini.
ERL berkata syarikat perlu terus melabur dalam sistem baharu dan set kereta api yang akan dihantar secara berperingkat mulai Mei 2016 untuk menampung jumlah penumpang yang meningkat.

Semalam, ERL mengumumkan tambang untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/klia2 akan naik RM20 kepada RM55 mulai 1 Januari tahun depan. – Bernama, 2 Disember, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget