KL CHRONICLE: Selepas FGV, kini FIC berminat memiliki PT Eagle High Plantation

Monday, December 21, 2015

Selepas FGV, kini FIC berminat memiliki PT Eagle High Plantation



Semalam kami di #KLChronicle telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan keputusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) yang telah menamatkan cadangan membeli kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP). Artikel tersebut boleh dibaca di link berikut:

Pembelian PT Eagle High oleh Felda Global Ventures (FGV) Dikaji Semula - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/pembelian-pt-eagle-high-oleh-felda.html#sthash.XLosQevR.dpuf



Namun, menurut berita yang terkini kami terima pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) akan diteruskan juga tetapi kos pembelian akan dinilai semula sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang dimana harga komoditi minyak sawit dan minyak mentah dunia kini telah jatuh ke tahap yang membimbangkan. Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) iaitu Felda Investment Corporation (FIC) akan mengetuai pembelian EHP. 

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan FGV menilai semula peembelian PT Eagle High dan seterusnya penglibatan FIC dalam pembelian EHP sangat menarik. Ini kerana, dari segi "business model" FGV merupakan pengeluar minyak sawit mentah serta operator ladang kelapa sawit terbesar di dunia dari segi keluasan tanah pertanian. "Business Model"  FIC pula lebih kepada aktiviti perniagaan melibatkan sektor bukan pertanian seperti hartanah, pembangunan, hospitaliti dan pelaburan strategik.

Oleh itu, sudah pasti bagi FGV pembelian tanah PT Eagle High Plantation (EHP) seterusnya menggunakan tanah tersebut untuk penanaman kelapa sawit tidak menarik kerana harga komoditi sawit kini terendah di dunia. Namun bagi FIC pula, memandangkan sektor pertanian kelapa sawit kini perlahan, dan juga business model FIC melibatkan pelaburan strategik pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) menjadi lebih menarik. 

Ini kerana, melalui tanah yang FIC akan miliki (jika mereka berjaya membeli PT Eagle High Plantation (EHP)) FIC akan mempunyai "upper hand" dalam sektor pertanian di Kalimantan, Indonesia. Umum ketahui bahawa tanah di Kalimantan, Indonesia adalah antara yang terbaik dalam penanaman kelapa sawit dan dengan memiliki tanah ini FIC akan mempunyai peluang menjual tanah ini dengan harga yang tinggi bila industri ini kembali pulih. 

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle tertarik dengan cara FELDA menguruskan syarikat dibawah naungan mereka. Semua syarikat FELDA mengikut "business model" yang telah ditetapkan dan mereka masing - masing berlumba untuk mendapatkan business yang memberikan pulangan lumayan kepada pemegang saham dan peneroka. Kami berharap semangat yang ditunjukkan oleh pengurusan FELDA ini berterusan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget