KL CHRONICLE: Penipuan @Sarawak_Report kini kantoi..lagi mau percaya?

Sunday, December 13, 2015

Penipuan @Sarawak_Report kini kantoi..lagi mau percaya?



Mahasiswa Malaysia Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dapat 1st hand experience FITNAH dan PEMBOHONGAN SARAWAK REPORT. 'Rosmah chairing meeting'? Ini andaian yang dibuat oleh SR apabila dapat gambar ini. SR olah sehingga jadi fitnah dan disebar di media sosial. Yang terima, secara pandirnya, menyebarkan pula fitnah yang berdasarkan andaian SR.



Apa cerita sebenar? Rosmah TIDAK MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT. Beliau di dalam sesi ramah mesra bersama mahasiswa KULN di salah satu bilik di Tingkat 5, PWTC pada jam 430 petang. 

Kenapa ada Shabery Cheek? Kerana beliau Pengerusi KULN. Kenapa ada Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA? JASA juga ada program engagement dan ramah mesra dengan mahasiswa luar negara, termasuk KULN.

Saya yakin mahasiswa KULN yang terlibat boleh nilai sendiri tahap kesahihan berita dan laporan SR sekarang. Semoga mereka dapat sebarkan penipuan SR ini kepada semua rakan mereka dan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Bagi sesiapa yang telah menyebarkan fitnah SR ini, tahniahlah, sebab terbukti anda menjadi penyambung fitnah yang didasarkan kepada andaian SR. :)

1 comment:

usin said...

eloknya ds rosmah ni buatlah kerja sebagai ISTERI pm sahaja, bukan menteri tugas2 khas. dah banyak kali dah nasihat, jaga la sikit imej ds najib aka pm malaysia tu. jangan terlebih tonjol bahawa ds rosmah juga ada program besar dan sibuk gila dengan program hari2. kan ke molek kiranya kehadiran ds rosmah hanya sebagai pelengkap dan menjadi peneman kepada suami. nampak manis dan lebih dihormati oleh rakyat. tak payah la nak pahala bergunung dengan melibatkan diri dengan berguni aktiviti sedangkan nama baik ds najib sedikit demi sedikit terhakis. pahala apa yang ds rosmah akan dapat jika aktiviti harian hanya menjadi 'beban' kepada imej ds najib?

mohon maaf atas nasihat ini kerana tidak tahan melihat dan membaca fitnah serta pembohongan yang dicipta hasil aktiviti menyibukkan diri ds rosmah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget