KL CHRONICLE: Part 2 : #Tahukah Anda Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) Membantu Pengguna Kuala Lumpur?

Monday, December 7, 2015

Part 2 : #Tahukah Anda Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) Membantu Pengguna Kuala Lumpur?


Baru - baru ini kami di #KLChronicle telah menulis sebuah artikel tentang pelan penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti atau Bus Network Revamp (BNR) yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah berkuatkuasa pada 1 Disember 2015. Melalui artikel - artikel yang kami lihat di portal pembangkang terutamanya The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today nampaknya terdapat segelintir masyarakat di sekitar Kuala Lumpur tidak menghargai usaha yang dilakukan oleh SPAD untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bas henti - henti ini. 



Oleh itu kami terpanggil untuk sekali lagi memberi penjelasan kepada golongan minoriti ini yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang cuba dilakukan oleh SPAD untuk kesenangan mereka. Pertama sekali, BNR ini dilaksanakan dengan perundingan bersama pihak pengendali bas dan bukan sesuatu yang dilakukan secara "syok sendiri" oleh SPAD. Oleh itu bagi mereka yang "menghentam" SPAD kerana tidak berbincang dengan pengendali bas anda sebenarnya tidak tahu apa - apa dan perlu rajin membaca sebelum menghentam orang lain. 

Kedua, penyusunan semula ini adalah untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan bas dengan mengurangkan pertindihan perkhidmatan serta meningkatkan saling hubung bagi perjalanan awal dan akhir pengguna. Melalui rangkaian BNR ini, jaringan perkhidmatan bas telah bertambah kepada 241 laluan berbanding 121 laluan sebelum ini. Peningkatan jumlah laluan ini sudah semestinya akan membantu mereka yang sebelum ini tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan bas henti - henti. 

Ketiga, pada masa yang sama, SPAD sentiasa mendengar dan responsif kepada maklum balas yang telah diterima oleh pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bas henti - henti selepas pelaksanaan BNR. Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan bagi mengatasi masalah operasi dan memperbaiki lagi rangkaian BNR pada kadar segera.

Keempat, bagi mereka yang mengatakan SPAD tidak memantau pengendali bas serta operasi bas, mereka sebenarnya tidak tahu bahawa SPAD memantau pengendali bas melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) dan telah menugaskan kakitangan penguatkuasaan dan operasi bagi memantau perkhidmatan di kawasan yang sudah dikenal pasti bermasalah. Sistem PMHS ini merupakan satu sistem GPS dimana kedudukan bas serta laluan yang digunakan sentiasa dalam sistem SPAD. 

Kelima, bagi mereka yang mempunyai aduan tidak kira bagi perkhidmatan bas henti - henti ataupun apa sahaja masalah dengan sistem pengangkutan awam darat negara, mereka boleh membuat aduan melalui SPAD Hotline di 1-800-88-7723, emel di aduan@spad.gov.my, dan melalui media sosial iaitu Facebook - www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Akhir sekali, bagi kami di #KLChronicle, kami berharap masyarakat janganlah cepat melenting dengan perubahan yang dilakukan baik oleh SPAD mahupun agensi kerajaan yang lain. Masyarakat perlu rajin membaca dan mendapatkan maklumat yang sahih sebelum mula "menghentam" atau mengkritik kerajaan. Sudah banyak kali maklumat yang tidak sahih dan palsu disebarkan dimana akhirnya terbukti ianya hanyalah tipu dan fitnah semata-mata. Usaha murni SPAD untuk melaksanakan BNR bersama pengendali bas wajar diberi pujian dan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita harus membantu SPAD menjayakan BNR ini. Untuk maklumat lanjut mengenai BNR sila layari www.spad.gov.my/bnr.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget