KL CHRONICLE: PAC puas hati penjelasan Arul Kanda

Friday, December 18, 2015

PAC puas hati penjelasan Arul Kanda

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, prosiding berlangsung selama kira-kira 3 jam dan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menerangkan mengenai pelan rasionalisasi syarikat 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berpuas hati dengan testimoni diberi Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy pada prosiding yang diadakan di bangunan Parlimen pagi ini.

Katanya, prosiding berlangsung selama kira-kira 3 jam dan Arul menerangkan mengenai pelan rasionalisasi syarikat pelaburan strategik sarat hutang milik kerajaan itu.



"Saya berpuas hati atas penjelasan Arul dalam prosiding hari ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini beberapa jam selepas menghalang pihak media daripada membuat liputan prosiding itu terdahulu dari itu.

"PAC akan meneruskan prosiding pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB dengan memanggil pengerusi syarikat berkenaan, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 19 Januari, 2016 dan bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada 20 Januari, 2016," kata Hasan.

Beliau juga berkata, sekiranya perlu, PAC akan turut memanggil bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, PAC memberikan masa sehingga selewat-lewatnya akhir Februari 2016 bagi Jabatan Audit Negara melengkapkan laporan audit akhir 1MDB.

Laporan itu katanya dijangka akan dibentangkan ketua audit negara kepada PAC.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget