KL CHRONICLE: Mustafa Ali Sahkan Mat Sabu jurucakap @dapmalaysia

Sunday, December 6, 2015

Mustafa Ali Sahkan Mat Sabu jurucakap @dapmalaysia



Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu parti itu.


Mengikut sumber dalaman, kenyataan ini sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama Amanah dan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu membuat kenyataan ini tanpa merujuk serta mendapat restu mereka.

Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding Amanah yang dia sendiri sudah sedar sudah kehilangan “steam” dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.


Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong PAS.

DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya Sarawak. Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan Isis untuk menakutkan pengundi Cina.

Khabarnya, Mat Sabu juga sudah mendapat jaminan Guan Eng untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang sama ada di bawah simbol Amanah atau DAP.

Ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum.

Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat Amanah tidak lebih daripada proksi DAP.

Oleh itu, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.

Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat yang Amanah dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti bukan lagi sekadar satu persepsi. – 5 Disember, 2015.

* Datuk Mustafa Ali ialah pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget