KL CHRONICLE: @MukhrizMahathir lupa beliau pernah diselamatkan @NajibRazak ? #Pau2015 #KekalNajib

Saturday, December 12, 2015

@MukhrizMahathir lupa beliau pernah diselamatkan @NajibRazak ? #Pau2015 #KekalNajib


Lebih 1 Tahun Lalu Mukhriz Hampir Tumbang Sebelum Diselamatkan Najib

Oleh Amin Yatim (E-mel Pembaca)

Sindiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Kerajaan dan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang relevan kepada soalan yang dikemukakan adalah sangat tidak bertanggungjawab dan mengelirukan rakyat.




Masalah dengan ucapan Mukhriz ialah beliau tidak menyatakan apakah soalan tersebut dan mengapa beliau anggap tidak relevan atau menjawab soalan. Dengan membuat kenyataan yang “absurd” dan berbentuk sindiran ia telah membuka kepada pelbagai tafsiran dan menghakis kepercayaan rakyat kepada Perdana Menteri, UMNO dan Kerajaan.
Umum mengetahui sejak di MRSM lagi Mukhriz bukanlah seorang pembaca yang baik. Hari ini beliau banyak bergantung kepada pandangan sekeliling untuk mendapat maklumat dan fakta.
Justeru apabila beliau menyindir Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang relevan ia bukanlah kerana beliau mengkaji dan meneliti jawapan-jawapan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan 1MDB, tetapi kerana itulah maklumat yang disumbatkan kepadanya.
Ucapan Mukhriz semalam sebenarnya tidak relevan dan tidak perlu jika beliau mendengar ucapan perwakilan UMNO dari Pulau Pinang, Tan Sri Musa Sheikh Fadzir yang merayu semua pemimpin merapatkan saf kepimpinan dan menyuarakan ketidakpuasan hati secara tertutup sahaja.
Dari segi politik populis, Mukhriz, seperti Khairy Jamaluddin, bertindak bijak mengikut sentimen semasa. Beliau tahu dengan mengekalkan momentum kritikal terhadap Mohd Najib beliau akan popular di kalangan rakyat yang tidak memahami isu yang kompleks ini.
Mukhriz tidak peduli jika beliau dipecat sebagai Menteri Besar pun.
Mohd Najib dan Mukhriz berhadapan situasi berbeza yang “artificial”, palsu dan mengelirukan dalam masyarakat yang nihilis hari ini.
Mohd Najib telah membuat banyak pembaharuan dan kebaikan untuk rakyat tetapi berhadapan dengan imej yang kurang baik kerana diserang bertubi-tubi oleh “machinery” berbayar dalam dan luar negara.
Mohd Najib berhadapan krisis kepercayaan rakyat yang memerlukan masa dan sokongan parti untuk memulihkannya.
Sebaliknya Mukhriz berhadapan sitausi berbeza. Beliau masih mempunyai citra politik yang indah biarpun ia bukan realiti.
Jika dilihat cara beliau menguruskan kerajaan negeri dan keluarganya di Kuala Lumpur, beliau hanyalah Menteri Besar separuh hati kepada Kedah. Namun populariti dan legasi bapanya menyelamatkan beliau dari sebarang kritikan sekarang.
Justeru Mukhriz tidak peduli jika beliau digugurkan. Beliau akan terus dianggap wira jika digugurkan, dalam masa yang sama dapat melepaskan beban politik yang tidak perlu kepadanya. Mukhriz sedang meraih laba politik hasil kemelut dalaman kepimpinan UMNO hari ini.
Cuma Mukhriz perlu ingat bahawa setahun selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau hampir berhadapan dengan undi tidak percaya oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional dan majoriti Ketua UMNO Bahagian di Kedah.
Pada ketika itu, seorang ADUN muda yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat antara paling lantang mengumpulkan ADUN lain dan bersedia membawanya ke DUN Kedah jika direstui Perdana Menteri.
Beliau tidak berpuas hati dengan sikap leka Mukhriz dalam pentadbiran dan politik negeri yang boleh menjejaskan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang.
Sama ada Mukhriz tahu atau tidak, Mohd Najiblah yang menyelamatkan beliau dengan menolak permintaan kumpulan ini untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Mohd Najib beranggapan Mukhriz perlu dibenarkan terus memimpin dan memperbaiki kesilapannya kerana semua orang ada kelemahan.

Malangnya, hari ini Mohd Najib tidak mendapat kesetiaan yang sama dari Mukhriz. Soalnya selama mana Mohd Najib akan bersabar?-MYKMU.NET

3 comments:

ayah said...

Kenapa buat buat lupa Najib pun pernah diselamatkan?

S.A.Hamid said...

Pengarang pun lupa bahawa rakyat tidak senang dengan terlalu banyak kenaikan harga barang dan cukai yang wajib dibayar apabila membeli barang.Jika dulu hanya orang kaya yang wajib membayar cukai tetapi sekarang sampai anak baru bersalin juga wajib membayar cukai GST.Mukhriz adalah penyelamat Kedah dari terus diperintah oleh Pakatan. Ingat juga bahawa ADUN yang beria hendak membuat undi tidak percaya itu juga sudah kalah 2 kali dalam pilihanraya. Jangan berlagak hero.

romada69 said...

Setiap org ada kelemahan. Kita punnn

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget