KL CHRONICLE: Muhyiddin Lembab, SPRM Sahkan Sudah Berjumpa Penderma RM 2.6 Billion

Monday, December 7, 2015

Muhyiddin Lembab, SPRM Sahkan Sudah Berjumpa Penderma RM 2.6 Billion



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menghantar pegawainya ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor portal BH Online. 

Menurut portal milik akhbar Berita Harian itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan. 



"Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan. 

"Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan," katanya di Kota Baru, Kelantan, seperti dilaporkan BH Online.

Azam juga berkata kebocoran maklumat di media sosial mengenai pegawainya yang pergi ke Timur Tengah akan disiasat.

Najib berkali-kali dikritik berhubung sumbangan itu, sebahagian besar daripadanya dimasukkan ke dalam akaun beliau tidak lama sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan pada Mei 2013.

Minggu lepas, perdana menteri sepatutnya menjawab soalan tentang wang itu di Dewan Rakyat tetapi beliau tidak hadir dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat penjelasan bagi pihaknya.

Zahid memberitahu Parlimen, identiti penderma itu sudah dikenal pasti dan mengesahkan wang itu tidak datang dari syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Ahad, SPRM dilaporkan sudah mengambil keterangan Najib berhubung isu berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, serta sumbangan RM2.6 bilion itu.

SPRM juga dilaporkan turut merakamkan kenyataan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho dan pengarah SRC International Datuk Suboh Mohd Yassin sebelum ini. – 7 Disember, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget