KL CHRONICLE: Menjawab Status Facebook Muhyiddin Yassin #Pau2015 #KekalNajib

Saturday, December 12, 2015

Menjawab Status Facebook Muhyiddin Yassin #Pau2015 #KekalNajib


Kesetiaan yang Berbelah Bahagi

1.    Fitnah merupakan antara dosa besar, dosa bagi seseorang yang mengeluarkan fitnah itu lebih besar dari membunuh.  Ini bukan soal kesetiaaan atau ketaatan kepada seseorang tetapi soal aqidah.




2.    Yang amat menyedihkan adalah baru satu hari laungan setia kepada UMNO dan pucuk pimipinan di suarakan oleh perwakilan namun terus dikritis oleh Timbalan Presiden yang dipilih oleh ahli-ahli tersendiri.

3.    Jangan kerana ego atau dendam kesumat seseorang seluruh parti sanggup diheret dan akhirnya sokongan orang Melayu berpecah. Mana mungkin seorang Timbalan Presiden yang sangat hampir dengan takhta tidak impikan digelar sebagai ketua utama. Ini lumrah politik dan setiap orang mempunyai cita-cita.

4.    Cukup pandai diselindungi tujuan sebenar tulisan di laman Facebook dengan menyatakan hanya membawa suara akar umbi, kononya mereka terlalu keliru dengan soalan isu semasa dan langsung tidak percaya terhadap Presiden UMNO.

5.    Tidak dinafikan setiap ahli UMNO harus membawa suara rakyat sebagai arus mereka berbicara, Apatah lagi sebagai pemimpin nombor dua parti dan kerajaan tentunya dasar yang dilaksanakan harus dipertahankan malah kekeliruan rakyat haruslah disyorkan bahawa penyelesaian sedang berlaku.   

6.    Namun apabila kita di landa landskap politik yang tidak menentu, wajarkah seorang Timbalan Presiden  menganjurkan sebuah forum diluar landasan parti sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO dan menyoalkan kredibiliti Presiden dilaman Facebook-nya sewaktu Perhimpunan sedang berlangsung. Adakah ini dilakukan untuk memburukan imej Presiden kepada ahli.

7.    Bukan niat sesiapa untuk memalukan kesalahan seseorang pemimpin tetapi sudahkah Timbalan Presiden mencerminkan dirinya atas segala tindakan beliau sewaktu memegang jawatan kerajaan. Adakah persoalan tentang kegagalan 1BestariNet yang dilaksanakan dengan syarikat kawan rapat beliau YTL untuk diguna pakai disetiap sekolah tidak dipersoalkan. Audit Negara secara jelas menyatakan bahawa hampir RM600 juta projek ini dibelanjakan tetapi hingga kini langsung tiada hasil disekolah. Adakah kita sudah lupa skandal penjualan pasir sewaktu menjadi Menteri Besar ke Singapura sehingga beliau terpaksa dipindah ke kabinet pusat. Adakah kita lupa pembatalan program ‘rakan muda’ oleh beliau kerana ego terhadap kejayaan Ghani Othman. Ini semua persoalan yang beliau harus perjelaskan dahulu sebelum menuding jari.

8.    Beliau tidak menulis tentang cara mengurangkan beban kos sara hidup atau menambah peluang pekerjaan tetapi hanya menambah kekhuatiran ahli dan rakyat terhadap imej Presiden UMNO.

9.    Keburukan pihak pembangkang langsung tak dihirau apatah lagi langkah penyelesaian kerajaan terhadap isu semasa. PRU-14 semakin hampir tetapi atas sikap pemimpin sebegini kesatuan orang Melayu hanya menjadi impian.

10.  Malangnya sudah tiada lagi jalan pendamaian antara pemimpin tertinggi ini. Malangnya ahli akar umbi UMNO dan orang Melayu akan rugi akibat ego dan dedam kesumat yang diselindungi dengan ayat ‘kebenaran’. Allah S.W.T sahaja yang tahu niat sebenar segala ciptaan-nya.

LOKMAN ADAM

2 comments:

gabenor johor said...

mungkin semasa TSMY dialahirkan..bapa dia lupa nk laungkan azan di telinga kanan dia

Ghazali said...

Habislah hub pendidikan kat Pagoh....

Habislah harapan nk laluan kereta api laju KL Spura lalu Pagoh...

SEmuanya kerana perinsip dan kebenaran....di pegang TSMY.//\

Yang rugi orang Pagoh... Orang Johor.... BANGANG

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget