KL CHRONICLE: Menjawab Fitnah bahawa McDonald's Malaysia menyumbang kepada Israel

Wednesday, December 23, 2015

Menjawab Fitnah bahawa McDonald's Malaysia menyumbang kepada Israel



Seperti yang dijanjikan, pada bulan ini #KLChronicle akan meneruskan siri penerbitan artikel berkaitan McDonald's Malaysia yang mana kami lihat telah berlaku pelbagai dakwaan yang tidak tepat sekaligus menjejaskan perniagaan McDonald'S Malaysia yang rata - ratanya dimiliki oleh anak tempatan melalui program franchise. Namun, sebelum kami pergi lebih lanjut dalam penerangan berkaitan McDonald's Malaysia, berikut adalah beberapa artikel kami untuk bacaan pembaca:

Mitos Hubungan McDonald's Malaysia dengan Israel Kini Dibongkar - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/mitos-hubungan-mcd-malaysia-dengan.html#sthash.PRSpZHTq.dpuf

Tahniah McDonald's Malaysia Anjurkan Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/tahniah-mcdonalds-malaysia-anjurkan.html#sthash.LVQVjWhw.dpuf

Jom Kenali Dalang Cubaan Boikot McDonald's Malaysia - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/jom-kenali-dalang-cubaan-boikot.html#sthash.qTIqjuiv.dpuf



Kembali kepada objektif artikel pada hari ini. Kami di #KLChronicle ingin menjawab dakwaan tidak benar yang selalu dilemparkan kepada McDonald's iaitu kononnya:

"McDonald's dituduh menyokong israel dengan memperuntukkan dana bagi tujuan konflik di Palesin"

Lebih jijik lagi, fitnah ini mengatakan bahawa McDonald's Malaysia juga menyumbang kepada Israel dengan memperuntukkan dana bagi tujuan konflik di Palestin. Dakwaan ini adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali! Bagi pengetahuan pembaca, McDonald's Corporation adalah sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di 120 buah negra termasuk negara - negara islam. 

Ini bermaksud, sejumlah besar pendapatan McDonald's Corporation adalah dari negara - negara Islam dan it does not make economic sense untuk McDonald's Corporation mengambil risiko kehilangan pendapatan yang lumayan semata - mata untuk menyokong Israel. Malah, McDonald's sebagai satu syarikat korporat terkemuka dunia mempunyai pekerja dan pelanggan dari pelbagai latar belakang, bangsa, agama dan warganegara dan McDonald's sangat menghormati setiap dari mereka. 

Kita tidak perlu melihat jauh. Lihat sahaja di Malaysia, McDonald's Malaysia yang telah lama bertapak di negara ini telah mengambil berpuluh ribu anak tempatan, terutamanya Melayu islam untuk menjadi pemilik serta pekerja restoran McDonald's. Ini membuktikan bahawa McDonald's tidak pernah diskriminasi terhadap latar belakang, bangsa, agama atau warganegara seseorang. Malah, McDonald's juga tidak menyokong mana - mana pihak dalam apa - apa konflik politik ataupun keagamaan. McDonald's adalah neutral kerana iainya adalah sebuah entiti perniagaan. 

Oleh itu, it is important to note that sama ada McDonald'S Corporation ataupun McDonald's Malaysia ianya adalah satu entiti perniagaan yang berniaga untuk mendapatkan keuntungan. Namun sudah pastinya McDonald's Malaysia membayar royalti kepada McDonald's Corporation untuk mendapatkan hak menggunakan jenama McDonald's di Malaysia. Walaupun begitu, sebahagian besar pendapatan McDonald's Malaysia dikembalikan dan dibelanjakan di dalam negara untuk memperkembangkan perniagaan dan juga membayar gaji - gaji pekerja McDonald's. Malah, sejumlah wang yang besar juga digunakan untuk program Corporate Social Responsibility (CSR) antaranya yang baru - baru ini dilakukan iaitu Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias. 

Jadi, berhentilah mengaitkan McDonald's Malaysia dengan Israel dan sebagainya kerana dakwaan ini tidak berasas sama sekali dan merupakan satu fitnah yang jijik yang boleh menyebabkan beribu orang kehilangan pekerjaan mereka. 

1 comment:

gabenor johor said...

org malaysia ni mmg suka cerita fitnah..habis tu jika mcdonalds bayar zakat maka duit zakat yg dibayar tu akan disumbangkn ke israel jugak laaa yek..pemikuran mereka ni semua mengalahkan yahudi mabuk

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget