KL CHRONICLE: Mahathir paling takut dihumban ke penjara – Rafizi

Tuesday, December 29, 2015

Mahathir paling takut dihumban ke penjara – Rafizi


Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Umno mengalami kekalahan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus mentadbir negara ini.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, paling membimbangkan Mahathir sekiranya kuasa kerajaan beralih ke tangan Pakatan Rakyat.

RafiziIni kerana katanya, segala isu rasuah dan salahgunakuasa di bawah rejim Mahathir akan didedahkan sekaligus bakal mengheret mantan perdana menteri itu ke penjara.



“Tun Mahathir mahu Najib diganti sebelum PRU 14 kerana Mahathir bimbang, kalau Najib tidak diganti, mereka (Umno) akan mengalami kekalahan yang lebih besar sekaligus mengheret kepada petukaran kuasa kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

“Kalau keadaan itu berlaku, ‘mimpi ngeri’ Mahathir akan menjadi kenyataan. Tentulah segala korupsi yang berlaku semasa rejim Mahathir akan didedahkan Pakatan Rakyat, sekaligus skandal-skandal Mahathir dan Najib akan dibongkar.

“Itu yang jadi ketakutan buat Mahathir. Bila semua perkara sudah didedahkan nanti, Mahathir paling takut kalau dia sendiri akan dihumban ke penjara,” kata Rafizi ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Mahathir bukan benar-benar menjaga soal kepentingan negara sebaliknya serangan terhadap Najib sebenarnya dibuat untuk kepentingan sendiri.

“Sebab itu Mahathir mahu Muhyiddin ganti Najib secepat mungkin supaya kepercayaan rakyat terhadap Umno dapat dikembalikan,” jelas Rafizi.

Justeru kata Rafizi, rakyat perlulah lebih bijak dan tidak terus terpengaruh dengan krisis membabitkan kedua-dua pemimpin itu.

“Kita harap rakyat tidak terpengaruh, sebab mereka ini bertindak atas kepentingan peribadi sahaja. Lebih elok kalau rakyat fokus untuk tingkatkan ekonomi dengan lebih bijak memilih kerajaan yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat,” tegasnya.

Tun Mahathir sebelum ini dilihat semakin keras melancarkan siri kritikannya terhadap kepimpinan Najib, dengan mensasarkan isu kerugian 1MDB dan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga pernah menyifatkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lebih gagal daripada pengganti sebelumnya, Pak Lah. Malah, Mahathir turut menyarankan Najib digantikan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

5 comments:

ramlan aziz said...

Celupar mulut budak kanyak nih...xsedar diri mula hidup dgn subsidi.....hehe

usin said...

budak mentah ni saje2 je nak timbulkan polemik. tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengajak rakyat tidak percayakan tun mahathir dan dalam masa yang sama menolak najib. hasilnya? bn kalah dan pakatan haprak menjadi kerajaan. itu je. cerita mahathir dan kroninya akan diadili selepas itu hanya cerita katun. biasalah orang politik, segalanya boleh deal.... temberang kencang si rafizi ni.

Ghazali said...

Kah kah kah......Lapiji dh bersuara..... bodohnya. Angan2 je la...

izham mohd said...

lapiji lembu ni xnk komen pulak bekas bapak jambu dia pasal takut masuk penjara, tangguh perbicaraan entah berapa puluh kali.. dan skrg mahu layanan VIP melampau2 tu..

Lapiji dn NOW pkt adalah ejen2 proksi jahat freemason dan barat yg beria2 mahu menghacurkan negara2 bermajoriti Islam..

abadi romeo said...

Macamana pengundi Pandan boleh menangkan dia..tiada satu idea yang membawa kebaikan kepada rakyat melainkan mendedahkan keburukan orang lain sepanjang masa.

minta jasa baik pihak tuan pautkan link blog saya yang kerdil ini

http://zulcomz.blogspot.my/

terima kasih

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget