KL CHRONICLE: Mahasiswa UM kecewa hanya diberi 5 GB data internet percuma

Monday, December 14, 2015

Mahasiswa UM kecewa hanya diberi 5 GB data internet percuma

Pengerusi Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Ho Chi Yang (tengah) berkata, walaupun Putrajaya berjanji tidak akan menaikkan yuran tuisyen, pengurusan UM menaikkan yuran lain. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Disember, 2015.
Muka budak - budak yang complain data 5GB yang diberi percuma oleh universiti tidak cukup
Segelintir pelajar Universiti Malaya melalui Persatuan Untuk Belia Baru UM (Umany) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)  telah melahirkan rasa kekecewaan mereka kerana hanya diberi kuota internet percuma sebanyak 5 Gigabyte sehari oleh pihak pengurusan kampus mulai Mac 2016.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, setiap pelajar hanya diberi kuota 5GB dan mereka akan dikenakan bayaran untuk penggunaan lebih daripada itu," kata pengerusi Umany Ho Chi Yang pada satu sidang media di UM hari ini.

"Persoalannya, adalah 5GB cukup untuk kerja harian pelajar? Hampir 80% daripada maklumat datang dari Internet," katanya. 

Kami di #KLChronicle turut simpati dengan budak -  budak UM ini. Kami faham, 5 GB tidak cukup untuk mereka melayan Youtube, live streaming perlawanan bola sepak, bermain online games seperti Dota dan sebagainya. Namun, takkan aktiviti serta hobi pelajar - pelajar ini perlu disubsidi oleh kerajaan? 

Agak - agak lah sikit bro!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget