KL CHRONICLE: @LiowTiongLai lakukan "Spot Check" di JPJ, ini pendapat #KLChronicle

Monday, December 14, 2015

@LiowTiongLai lakukan "Spot Check" di JPJ, ini pendapat #KLChronicle



Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah melakukan "spot check" di Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kawasan Wangsa Maju selepas mendapat aduan dari seorang pengguna twitter bahawa perkhidmatan JPJ Wangsa Maju tidak memuaskan dan tidak menepati Key Perfomance Index (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan. 




Menyedari bahawa perkhidmatan yang baik dan efisien kepada rakyat merupakan satu perkara yang sangat mustahak, Yang Berhormat Menteri telah melawat JPJ Wangsa Maju dan berjumpa dengan pengurusan JPJ bagi mengenalpasti masalah utama yang menyebabkan perkhidmatan JPJ terlalu lama dan menyusahkan rakyat. Antara "findings" Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah:

1. Kurang kaunter perkhidmatan pelanggan

2. Kurang kawasan meletak kenderaan

3. Perkhidmatan kiosk automatik yang kurang memuaskan 

Susulan daripada penemuan ini, Yang Berhormat Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan bahawa perkhidmatan di JPJ Wangsa Maju mesti tidak lebih daripada 30 minit. Ini bagi memastkan perkhidmatan yang diberi adalah terbaik dan memuaskan rakyat. Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai ini wajar dicontohi oleh menteri - menteri yang lain. 


Namun, bukan turun padang dan melihat kawasan yang kami maksudkan tetapi yang kami maksudkan adalah sikap Datuk Seri Liow Tiong Lai  yang suka membuat "spot check" terhadap agensi - agensi yang dibawah kendalian beliau. "spot check" sebegini wajar dilakukan bagi memastikan pegawai kerajaan sentiasa dalam keadaan berjaga - jaga. Sudah banyak kali juga kita terima laporan bahawa ada kakitangan kerajaan yang "lebih sudu dari kuah" apabila suka-suka membuat satu perkara yang diluar pengetahuan kementerian serta menteri. 

Dengan mengadakan "Spot Check" sebegini, perkara yang tidak diingini sebegini dapat dielakkan. Apa pendapat tuan - tuan?  


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget