KL CHRONICLE: Komen Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkenaan kenaikan harga tambang pengangkutan awam

Sunday, December 13, 2015

Komen Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkenaan kenaikan harga tambang pengangkutan awam



Baru - baru ini, syarikat operator pengangkutan awam darat telah menaikkan tambang masing - masing sehingga membangkitkan rasa marah orang ramai terhadap syarikat operator, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan juga akhir sekali kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan kononnya tidak mengambil  berat kebajikan pengguna pengangkutan awam darat negara ini. 



Namun, sebenarnya pemikiran serta pendapat ini adalah tidak tepat sama sekali. Bagi pengguna pengangkutan awam darat yang kerap menggunakan perkhidmatan KTMB (Komuter), LRT, Bas dan Teksi sudah pasti akan sedar bahawa mutu perkhidmatan kesemua operasi ini telah dinaik taraf (upgrade) sebaik mungkin untuk keselesaan pengguna. 

Tren baru KTM Komuter yang perlu dibeli dengan wang ringgit, bukan free
Misalnya, kami di #KLChronicle mengambil contoh perkhidmatan KTM Komuter. Jika dulu KTM Komuter selalu lewat, dengan tren yang buruk serta tidak selesa kini perkhidmatan KTM Komuter berwajah baru dengan tren yang baru serta perkhidmatan yang menepati masa (punctual). Segala upgrade ini memerlukan kos dan kos ini telah ditanggung oleh kerajaan. 

Zaman dulu, KL menggunakan bas Intrakota

Selain KTM Komuter, perkhidmatan Bas di Kuala Lumpur juga telah diperbaiki dan dipertingkatkan mutu perkhidmatan. Jika dulu kita ada bas mini, kemudian Intrakota kini kita telah mempunyai Bas RapidKL yang memberikan antara perkhidmatan paling baik dinegara ini dari segi punctuality dan keselesaan pengguna. Malah, jika dilihat RapidKL kini sudah mempuyai bas "double decker" untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.  

Sekarang kita gunakan bas "double decker"

Selain KTM Komuter dan Bas RapidKL, kini kerajaan Barisan Nasional dengan kerjasama Prasarana dan Sunway telah mewujudkan perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) di kawasan Sunway dan Subang Jaya. Perkhidmatan ini diwujudkan kerana kerajaan sedar dan prihatin dengan rintihan penduduk Sunway dan Subang Jaya yang mahukan perkhidmatan pengangkutan awam yang effisien, punctual serta selesa. 

Bas Rapid Transit (BRT) yang baru
Bagi mereka yang tidak tahu, setiap tahun kerajaan Barisan Nasional memberi subsidi sebanyak RM 14,000,000 kepada operator BRT bagi menampung kos pengendalian operasi BRT. Ini memandangkan tambang yang dikenakan kepada pengguna adalah hanya RM 3.50 berbanding tambang yang sepatutnya dikenakan adalah RM 8.00. Ini menunjukkan, where ever possible kerajaan BN akan cuba membantu meringankan beban serta mengurangkan kos sara hidup rakyat. 

Akhir sekali, bagi mereka yang terus marah dengan kerajaan berkaitan isu kenaikkan tambang perkhidmatan awam, mereka boleh membaca artikel dibawah tentant Tips bagaimana untuk mendapatkan diskaun bila menggunakan LRT:

Tips untuk dapatkan diskaun bila naik LRT #Jimat #PenggunaBijakhttp://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/tips-untuk-dapatkan-diskaun-bila-naik.html



Ulasan Tan Sri Syed Hamid Albar berkaitan isu kenaikan tambang boleh dibaca dibawah:

Tan Sri sebagai Pengerusi SPAD ulas sikit berkainaan kenaikan tambang pengangkutan darat yang kontroversi baru-baru ini?

Kenaikan tambang pengangkutan darat ini menjadi isu hangat dan isu yang menarik perhatian lebih-lebih lagi dikalangan golongan muda kerana mereka merupakan pengguna terbesar yang menggunakan pengangkutan awam darat.

Tapi kita kena tengok juga ia mengakui bahawa sekarang lebih selesa, lebih muda, lebih cepat untuk ia tiba di destinasi. Semua ini ada faktor kos dan kita dah tidak naikkan beberapa lama dan subsidi kerajaan terhadap pengangkutan awam darat walaupun tidak diumumkan secara khusus adalah tinggi.

Saya ambil contoh Bus Rapit Transit (BRT) di bandar Sunway, dia punya tambang hanya RM3.50 sedangkan kos untuk 'break-even' adalah RM8.00. Jadi apa kita buat apabila kerajaan kata caj hanya RM3.50? kita beritahu operator bahawa tambang hanya RM3.50 tapi kerajaan kena tampung kekurangan itu RM14 juta setahun.

Bayangkan, dulu kita ada train dua gerabak, sekarang empat gerabak, train dulu tak selesa, yang sekarang selesa dengan ada digital ada wi-fi ada macam-macam, ini tambahan yang kita buat untuk penumpang rasa selesa dan senang.

Selain itu ada perubahan dari segi tabiat penumpang, kalau dulu tak reti berbaris, nak cepat... dengan kita masuk ke tamadun era keretapi ini yang jadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di seluruh dunia, orang-orang kita dah mula berdisiplin, berbaris... dan semua ini ada faktor kos terutama kerana kita upgrade perkhidmatan.

Ambil contoh di Kelantan, jika ikut pandangan komersial kita tak boleh ada train di Kelantan kerana penumpang tidak ramai, kebanyakkannya budak sekolah, tapi kerajaan buat keputusan okay kita tampung. Lepas banjir pun sekarang dah jalan balik.

Mungkin kerajaan perlu ceritakan tiap-tiap kos yang melibatkan pengangkutan awam darat.

Ini satu-satunya saya fikir walaupun di sebalik kecaman dan sebagainya adalah keretapi adalah pengangkutan yang cepat dan selamat.

Kita dah buat untuk memanjangkan landasan Kelana Jaya, Ampang Line, kita beli gerabak baru untuk monorail, buat LRT3, MRT1 sedang berlangsung. Kita masuk ke era baru, dan peranan SPAD adalah pemudah cara, walaupun saya tahu saya yang kena maki.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget