KL CHRONICLE: Kini FGV Bina Kemudahan Logistik di Tanjung Langsat, Bakal Tingkatkan Pendapatan Syarikat

Thursday, December 24, 2015

Kini FGV Bina Kemudahan Logistik di Tanjung Langsat, Bakal Tingkatkan Pendapatan Syarikat



Menyedari bahawa permintaan bagi kemudahan logistik di selatan tanah air, terutamanya negeri Johor semakin meningkat, syarikat konglomerat Melayu terbesar di negara ini iaitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) telah dengan proaktifnya bakal membina gudang dan kemudahan logistik di kawasan seluas 4.05 hektar di Tanjung Langsat, Johor.



Pada pendapat kami di #KLChronicle, pembinaan gudang dan kemudahan logistik ini merupakan satu tindakan yang tepat dan wajar oleh pengurusan FGV. Ini kerana, negeri Johor terutamanya kini sedang pesat membangunan dengan projek refinery and petrochemical integrated development project (RAPID) di Pengerang yang menelan belanja hampir RM 80 Billion. 

Dengan skala projek yang sebesar ini, sudah pasti kemudahan gudang dan logistik sangat penting. Tambahan pula dengan gudang FGV akan dilengkapi dengan kemudahan asas yang menghubungkan secara terus terminal pelabuhan menjadikan ia sangat berdaya maju untuk transaksi perniagaan antarabangsa. Malah, apabila terdapat peralatan yang diimport dari negara luar untuk terus ke Pelabuhan Tanjung Langsat, gudang FGV dan kemudahan logistik FGV akan menjadi antara pilihan kerana FGV merupakan sebuah Government Linked Company (GLC) sekaligus mempunyai reputasi yang baik di negara ini. 

Lebih menarik lagi, kemudahan gudang dan logistik di Tanjung Langsat ini dijangka siap pada MAC 2017. Mac 2017 juga merupakan antara masa puncak bagi projek RAPID sekaligus merupakan satu "win situation" bagi FGV dimana jika gudang FGV dapat siap tepat pada masanya sudah pasti gudang serta kemudahan logistik FGV akan digunakan oleh RAPID sekaligus meningkatkan pendapatan syarikat. 

Malah, bagi kami di #KLChronicle, bukan sahaja FGV dapat menarik pendapatan lebihan dari projek RAPID malah gudang serta kemudahan logistik FGV ini dapat menarik pelabur - pelabur dari Singapura. Ini kerana kos gudang di Singapura sudah pastinya lebih tinggi dari Malaysia ( 1 Singapore Dollar  = 3 Ringgit Malaysia). Oleh itu sudah pasti syarikat Singapura mahu menjimatkan kos dan menggunakan gudang - gudang di Johor sebagai tempat menyimpan barang mereka. 

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan FGV kerana mempunyai "vision" yang jauh untuk menambahkan pendapatan syarikat sekaligus membantu pemegang saham dan peneroka - peneroka dibawah FGV. Ini membuktikan pengurusan FGV tidak "goyang kaki" tetapi berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan FGV sebagai sebuah syarikat paling dinamik di negara ini. 

#Kipidap

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget