KL CHRONICLE: Kenapa Muhyiddin Rahsiakan 73 Bilion Kerugian Zaman Mahathir

Wednesday, December 9, 2015

Kenapa Muhyiddin Rahsiakan 73 Bilion Kerugian Zaman Mahathir


By editor December 9, 2015 : 12:13 pm

SEMUA pihak mempertikaikan tindakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertungkus lumus mencipta isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion walaupun sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan dengan dua perkara ini.



Kini rakyat mula mempersoalkan pula mengapa Muhyiddin merahsiakan kerugian sebanyak RM 73 bilion yang berlaku semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Di bawah ini senarai RM 73 bilion tersebut :-
1. Perwaja RM 10 Bilion
2. BBMB RM 10 Bilion
3. MAS RM 20 Bilion
4. Bank Negara RM 33 Bilion

Sejak beberapa bulan yang lepas Muhyiddin begitu lantang mengkritik dan mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbagai-bagai tuduhan salahlaku terutamanya yang membabitkan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion.

Namun terbukti tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali. Kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut. Secara logik sebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang dianggap masih relevan. Tambahan pula projek yang dijalankan oleh 1MDB merupakan projek yang berdaya maju.

Berkenaan derma RM 2.6 bilion pula, pihak SPRM telah mengesahkan bahawa derma tersebut bukannya diterima daripada 1MDB. Malahan pihak SPRM telah menemui sendiri penderma tersebut. Dan yang paling penting Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melanggar sebarang undang-undang dan perlembagaan negara berkaitan dengan penerimaan derma tersebut.

Setiap rakyat yang waras akan dapat melihat bahawa kerugian yang ditanggung oleh empat pihak tersebut jauh lebih banyak daripada hutang yang ditanggung oleh 1MDB.

Untuk makluman, 1MDB bukan lah sebuah syarikat yang rugi. Malahan aset syarikat tersebut melebihi hutang mereka. Berlainan pula dengan empat syarikat yang dibawah pentadbiran Mahathir ini. Mereka bukan sahaja menanggung hutang yang banyak malahan mengalami kerugian yang teruk.

Empat syarikat tersebut juga telah banyak kali di “selamatkan” atau “bail out” namun hasilnya tetap sama. Apa yang kita boleh lihat kroni Mahathir yang makin kaya tetapi nasib empat syarikat tersebut tetap sama.

Oleh itu, jangan kita biarkan Muhyiddin, Mahathir dan pembangkang memperbodohkan kita dengan propaganda mereka yang mempunyai niat terselindung itu. Mereka cuba kelirukan kita dengan fakta kerugian dan hutang dengan auta yang tidak masuk akal langsung.

–  PRU14.tv

6 comments:

Anonymous said...

Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

Madey Kutty Ngok said...

Saya tetap sokong DS Najib bertubi2 serangan dan fitnah cuba menghasut membencinya. Beliau jelas cukup banyak membuat program untuk rakyat sehingga ke akar umbi. Ini suatu yg kita tak nampak skrg tapi bila telah kehilangan barulah akan menyesal.
Org yg ada agenda muslihat buruk tidak akan peduli kpd soal rakyat. Lihat Mahathir dia hanya fokus kpd korporat2 dan kroni2 taikun utk terus memerintah. Program utk bantu rakyat zero.

Setakat buat highway lepas tu letak tol naik setiap 2 tahun 100%, tambang LRT naik, TNB naik itu namanya MEROMPAK..bukan menolong rakyat. Dua PM selepas MAdey di 'ikat' dgn legasi jahat Madey melalui tools2 ini.

Najib dipersalahkan dlm IMDB seolah2 Najib ialah CEO dan hari2 buat transaksi IMDB. Itu pembohongan Muhidin, Madey dan pkatan haram krn gerun pd Najib yg menerima sokongan akar umbi rakyat. Mulut spt tak suka Najib tp rakyat akui kebaikan Najib dr hati..

Insya Allah Najib dan kepimpinan UMNO dlindungi dr puak2 jahat ini dr terus menjalankan agenda memperalatkan UMNO utk kuasa dan ketamakan!

Unknown said...

Kambing2 je yang percaya ada tok arab nak derma 2.6 billion ringgit tanpa ada apa2 balasan...

Unknown said...

Kambing2 je yang percaya ada tok arab nak derma 2.6 billion ringgit tanpa ada apa2 balasan...

jgn jadi bodoh!!! said...

haahah..artikel sampah..

jgn jadi bodoh!!! said...

haahah..artikel sampah..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget