KL CHRONICLE: Jom Kenali Dalang Cubaan Boikot McDonald's Malaysia

Monday, December 21, 2015

Jom Kenali Dalang Cubaan Boikot McDonald's Malaysia


Pada bulan ini, kami di #KLChronicle telah mengeluarkan beberapa artikel berkaitan McDonald's Malaysia. Antara artikel yang telah kami terbitkan adalah seperti berikut:

Mitos Hubungan McDonald's Malaysia dengan Israel Kini Dibongkar - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/mitos-hubungan-mcd-malaysia-dengan.html#sthash.iShipXc3.dpuf

Tahniah McDonald's Malaysia Anjurkan Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/tahniah-mcdonalds-malaysia-anjurkan.html#sthash.ZtedbxqD.dpuf



Kedua artikel diatas menceritakan tentang latar belakang pemegang saham McDonald's Malaysia dan juga antara Corporate Social Responsibility (CSR) yang telah dilakukan oleh McDonald's Malaysia pada bulan ini. Namun kami lihat masih terdapat salah faham rakyat tentang McDonald's Malaysia sehingga wujudnya beberapa kempen boikot McDonald's yang akhirnya hanya merugikan McDonald's Malaysia dan kakitangan mereka yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Antara Non Governmental Organization (NGO) yang kuat melakukan kempen memboikot McDonald's Malaysia adalah sebuah NGO tempatan yang namanya kami tidak mahu viralkan atas sebab - sebab  tertentu. NGO ini Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. 

Setiausaha Agung IKRAM bersama pemimpin - pemimpin pembangkang
Walaupun kumpulan ini cuba memperlihatkan NGO mereka sebagai sebuah NGO yang Pro - Islam namun akhirnya topeng mereka "terbuka" apabila Setiausaha Agung Ikram Zaid Kamarudin merupakan Pengerusi sebuah NGO yang liberal iaitu Negaraku dinaungi oleh Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said. Kerjasama antara Zaid Kamarudin, Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said ini membuktikan bahawa NGO yang menggerakkan usaha "Boikot McD" tidak lain dan tidak bukan hanya menjual nama Islam untuk kepentingan mereka sendiri. 

Malah, dalam satu kempen "Boikot McDonald's Malaysia" yang dianjurkan oleh NGO ini, telah timbul kekecohan yang sangat teruk sehingga pihak NGO mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak terlibat dalam boikot tersebut namun semua orang mengetahui bahawa NGO ini merupakan dalang dalam insiden tersebut. Jika mereka yakin dengan perjuangan mereka, mengapa takut?

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan NGO ini ataupun mana - mana NGO untuk memboikot McDonald's Malaysia adalah sesuatu yang tidak wajar. Perlu diingatkan bahawa tindakan memboikot McDonald's  hanya akan memberikan implikasi buruk kepada pekerja McDonald's tyang rata - ratanya orang Melayu berbangsa Islam. Ini kerana jika McDonald's mencatatkan kerugian yang berterusan, nasib pekerja McDonald's tidak dapat dijamin dan mereka mungkin akan hilang pekerjaan mereka. 

Adakah ini yang kita mahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget