KL CHRONICLE: Isu Kenaikan Tambang #ERL, Baca Penjelasan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar

Monday, December 14, 2015

Isu Kenaikan Tambang #ERL, Baca Penjelasan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar





Mulai 1 Januari 2016, Express Rail Link (ERL) akan menaikkan harga tambang perkhidmatan mereka sebanyak RM20 daripada harga asal. Ini adalah kenaikkan pertama mereka selama 14 tahun. Sebab mereka tidak menaikkan tambang selama 14 tahun ini adalah kerena mereka tidak mendapat kelulusan kerajaan walaupun permohonan telah dibuat. 



Perlu diingatkan bahawa selama 14 tahun ini kerajaan Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional dan diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Namun, selepas kenaikkan ini diumumkan, rakyat Malaysia mula meluahkan rasa marah mereka dan mahu harga tiket kembali kepada asal walhal mereka tahu kos operasi pada tahun 1997 dan sekarang telah berbeza. 

Perjanjian ERL adalah berat sebelah dan ditandatangani pada tahun 1997 oleh Dr. Mahathir
Bukan sahaja kerajaan dan Perdana Menteri dimaki, malah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengerusi mereka Tan Sri Syed Hamid Albar juga dimaki oleh rakyat yang tidak tahu hujung pangkal sebab mengapa kenaikan tambang ini perlu dilakukan. Akhirnya, pada Perhimpunan Agung UMNO baru - baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Haji Najib Tun Razak telah mendedahkan bahawa perjanjian konsesi dengan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berat sebelah apabila setiap lima tahun kadarnya perlu dinaikkan. Menurut Perdana Menteri:

"Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah. Harga bergantung kepada 'projected traffic bukan actual traffic'. Dalam perjanjian, lima tahun naik, lima tahun naik," 

Menurut Perdana Menteri kenaikan kadar ERL itu sudah 'ditahan' sejak beliau mengambil alih pemerintahan negara dan masalah itu hanya legasi yang diterima dari pemerintah sebelum ini.


"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion.

Bagi segelintir rakyat yang kurang membaca, mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak batalkan sahaja perjanjian ERL ini dengan YTL dan melantik operator baru. Jawapan kepada soalan dangkal ini adalah jika setiap kali ada kerajaan baru yang mengambil alih dan semua perjanjian terdahulu dibatalkan dan di "renegotiate" semula, sudah pasti pelabur tidak akan berasa yakin untuk melabur di negara ini kerana pelaburan mereka tidak dijamin oleh kerajaan. 

Ini berlaku apabila setiap kali ada kerajaan baru, perjanjian lama akan diteliti semula. Ini akan menyebabkan syarikat dalam dan luar negara lebih berminat melakukan "business" ditempat lain daripada Malaysia. Adakah ini yang kita mahukan sekaligus menjadikan Malaysia mundur di Asia Tenggara? 

Kembali kepada isu kenaikan tambang ERL, menurut Pengerusi SPAD, perjanjian ERL adalah terletak bawah Unit Ekonomi Awam Swasta (UKAS) tidak melalui SPAD. Oleh itu, bagi mereka yang memaki hamun SPAD dan menjadikan SPAD sebagai "punching bag" tahukah mereka proses yang perlu dilalui untuk kenaikan harga tambang ini? 

Bagi kami di #KLChronicle, bagi mereka yang tidak tahu perlulah rajin membaca. Malah dalam Islam juga kita disuruh membaca melalui Surah Al - Alaq iaitu:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - 

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

http://www.surah.my/96

Akhir sekali, bagi mereka yang bising tentang kenaikan ERL ini, berapa kali anda guna ERL dalam masa setahun? 


Penjelasan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar boleh dibaca dibawah:


Berkenaan tambang ERL yang naik mendadak macam mana Tan Sri...?

Macam ERL naik itu... saya pun terperanjat, ERL ini ada perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 1997, perjanjian konsesi ini menetapkan kenaikan tambang pada beberapa tahun sekali dan jika kerajaan tidak benarkan kena bayar pampasan macam juga lebuh raya punya tol.

Dia batalkan tambang pelajar, kita (SPAD) kata tak boleh... tadi saya dapat surat kata ERL setuju teruskan tambang pelajar. Di mana dalam bidang kita, kita boleh buat. Walaupun kita buat kajian dan analisa, tidak ada satu analisa yang diputuskan oleh SPAD. Kita akan beri kepada Majlis Ekonomi (EC) daripada EC kepada Kabinet dan semua agensi berpeluang untuk bagi komen.



Soalnya macam mana kita imbangkan untuk memberi pengangkutan awam yang terbaik supaya kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Macam mana dengan prosedur nak naik tambang ini... Macam ERL, Tan Sri kata Tan Sri pun terkejut...?

Macam ERL ini dia ada perjanjian di bawah Unit Ekonomi Awam Swasta (UKAS) tidak melalui SPAD. Yang lainnya apabila ada permintaan daripada syarikat untuk naik, dia bagi kos, kita akan kaji kos, apa dia punya minima kos, berapa margin yang dia patut buat, kemudian kita bentang kepada EC atau Kabinet.



SPAD tak putuskan sendiri. Tapi kita terima hakikat oleh kerana kita nama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semua maki hamun kita terima. 'very beautiful punching bag' kita tak ada menteri yang defend... kadang Menteri Pengangkutan pun suruh kita kaji, padahal keputusan kerajaan.

2 comments:

Abu Bakar said...

"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion"

-------------------------------------------------------------------------------------

Najib jadi Perdana Menteri dah 14 tahun ke? Malahan 14 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2001, Perdana Menteri Malaysia adalah Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir, bukannya Najib, jadi tak payahlah Najib nak membohong orang ramai.

Dalam isu ERL ini, 50% syer dipegang oleh YTL, kemudian 40% dipegang oleh Tabung Haji, baki 10% dipegang oleh Tralisco, syarikat proksi UMNO. Maka dalam isu ini, Kerajaan memegang syer sama banyak dengan YTL jika dikira sekali dengan syer 10% Tralisco syarikat proksi UMNO itu.

Mengapakah kerajaan tidak menggunakan kedudukannya sebagai pemegang syer dalam ERL untuk bertindak bagi mengelakkan kenaikan yang begitu melampau? Jika hanya menyalahkan Tun Dr. Mahathir, maka apakah patut berbuat demikian? Kerana sekarang yang jadi Perdana Menteri adalah Najib, yang ada kuasa eksekutif pentadbiran adalah Najib, Najib ada kuasa untuk bertindak untuk kepentingan rakyat, tetapi Najib tidak gunakan kuasa itu dengan betul, beliau lebih sibuk nak menyalahkan orang lain yang dah tak ada kuasa dalam kerajaan pula. Tindakan Najib ni apa bezanya dengan tindakan Lim Guan Eng yang menyalahkan hujan apabila banjir teruk di Penang sebelum ini?

Lagi satu, sambungan landasan ERL dari KLIA hingga ke KLIA 2 dibuat pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, kos ditanggung oleh kerajaan, mengapakah tak ditanggung oleh ERL? Adakah kerajaan mendapat syer tambahan kesan dari kos pembinaan tambahan landasan dari KLIA ke KLIA 2 itu?

Tidak payahlah nak bermuka-muka bagai, kerana kalau tak reti jadi Perdana Menteri, maka lebih elok Najib letak jawatan sahajalah, tak guna menyalahkan orang lain di atas kelemahan diri sendiri yang tak reti buat kerja.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

KERIS BERAYON said...

Salam.

Kepada saudara abu bakar, erl ditandatangani pada tahun 1997. Dizaman tun. Siap projek beberapa tahun kemudian. Dizaman pak lah. Bukan tandatangan terus siap, macam chipsmore.

Kenaikan pertama yg diminta dizaman pak lah. Penghujung. Kemudian diteruskan sewaktu najib ambil alih. Sentiasa ditolak. Kerajaan sekarang hanya mewarisi perjanjian dari zaman tun. Jika perjanjian ini di rombak atau dihapuskan, ibarat ibubapa saudara beli rumah tapi sebaik kematian mereka, rumah tersebut dihapuskan hak milik kepada waris2 iaitu saudara dan adik beradik yg lain. Nak ke lagi org lain beli rumah kalau itulah yg jadi kepada pembeli2???

Tentang pemilikan saham erl sdn bhd, saya tak pasti.

Sambungan erl ke klia2 tak diambilkira sebagai faktor untuk kenaikan tambang erl. Harap maklum.

Sekian.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget