KL CHRONICLE: Intipati Ucapan @RazlanRafii di Bernama TV menjelang #PAU2015

Saturday, December 5, 2015

Intipati Ucapan @RazlanRafii di Bernama TV menjelang #PAU2015


Antara intipati  bicara  Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Sdr Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii bertajuk" Persepsi,Penyatuan dan Solidariti" di segmen Bual Bicara Bernama TV pada 04 Disember 2015



1. Kita perlu bermuhasabah diri walaupun tidak lagi memegang jawatan, begitu dgn pepatah "berhenti sebelum kenyang" dan pepatah ini harus di pegang sehingga kita mati, bukan hanya   apabila kita meninggalkan jawatan.

2. Sebagai contoh pemuda wilayah yang membantu presiden dalam menangkis fitnah. Wilayah merupakan jendela utama dan Pemuda Wilayah merupakan benteng awal utk menangkis fitnah dan persepsi kpd Parti UMNO utamanya YAB Presiden UMNO.

3. Sebuah kapal tidak boleh ada 2 nakhoda, seandainya sebuah kapal punyai 2 Kapten, pastinya wujud kepincangan dalam mengemudi bahtera. Kapten kapal juga berperanan menjaga keselamatan anak2 kapal dan bahteranya. Seandainya wujud pihak cuba menggugat keselamatan bahtera Kapten akan bertindak sewajarnya.

4. Dalam memainkan peranan menangkis dan mengawal persepsi, Pemuda Wilayah telah memanggil semua ahli bersama pemimpin ke Majlis Penerangan isu-isu Semasa bersama Tan Sri Annuar Musa dan alhamdulillah penerangan yg diberikan amat berkesan dan akar umbi dapat menerimanya. Ini membuktikan seandainya persepsi dapat dibendung maka segenap fitnah dapat dipatahkan.

5. Saya secara peribadi tak lihat UMNO dalam keadaan kucar kacir. Apa yang terjadi hari ini kepimpinan parti diserang oleh orang dalaman. Sayap2 serta MT masih bermesyuarat dan pentadbiran spt biasa, ini jelas membuktikan UMNO tidak kucar kacir. Seandainya kucar kacir sudah pasti pentadbiran tidak langsung dapat dilaksanakan.

6. Isu Timbalan Presiden UMNO tidak dibenar berucap bukanlah perkara yang perlu dititik beratkan. Perhimpunan Agung UMNO adalah masa untuk kita bawa ke peringkat pengetahuan pucuk pimpinan ttg permasalahan dan menggarap solusi kepada masalah2 rakyat serta membincangkan kearah pembangunan sejahtera. Matlamat perhimpunan Agung juga adalah untuk membawa suara akar umbi. Usul didalam perhimpunan akan diangkat menjadi dasar dlm negara. Itu sepatutnya perkara yg perlu lebih dititik beratkan. Saya juga yakin bahawa ketetapan ini diambil hasil drpd mesyuarat dan suara majoriti MT.

7. Saya lihat YAB PM adalah seorang yang amat tenang dalam menangani fitnah dan persepsi. Beliau tidak melatah, cuba kita fikir sejenak andai YAB PM seorang yg mudah melatah sudah pastinya tindak tanduk beliau mendatangkan masalah besar. Jika di zaman Tun Mahathir sebegini rupa sebaran di media sosial saya berasa beliau juga tak mampu mentadbir sebegitu lama.

8. Jambatan penyatuan perlu diperkukuhkan. Seandainya perpaduan dalam parti tidak diambil berat mana mungkin kita menerajui negara.

9. Semua yang berjawatan telah mengangkat sumpah memegang rahsia parti. Seandainya sesiapa sahaja telah bertindak tidak jujur kepada sumpah memegang amanah maka selayaknya keluar daripada jemaah. Kita perlukan kekuatan disetiap lapisan.

3 comments:

ramlan aziz said...

Isunyer kalau diteliti nakhoda yg ada hilang warasnyer...kemusnahan isi kapal jelas ditempah....yg bangang dan dayus shj yg kekal menyokong dan tidak bertindak...

Orang melayu said...

Btl ke nakhoda yg ads sdh hilang kewarasannya , stay saudra ramlan sdh hilang kewarasannya kerana lbh percaya fitnah Dr fakta

Orang melayu said...

Btl ke nakhoda yg ads sdh hilang kewarasannya , stay saudra ramlan sdh hilang kewarasannya kerana lbh percaya fitnah Dr fakta

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget