KL CHRONICLE: Hubungan McDonald's dengan Jewish United Fund (JUF)

Friday, December 25, 2015

Hubungan McDonald's dengan Jewish United Fund (JUF)


Kami di #KLChronicle hari ini meneruskan sesi penerangan kami berkaitan konglomerat McDonald's Corporation dengan menyiasat hubungan antara McDonald's Corporation dengan Jewish United Fund (JUF). Sebelum itu, kepada pembaca yang kami hormati, kami juga telah menerbitkan beberapa siri penjelasan tentang McDonald's Malaysia yang boleh dibaca di link - link berikut:


Mitos Hubungan McDonald's Malaysia dengan Israel Kini Dibongkar - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/mitos-hubungan-mcd-malaysia-dengan.html#sthash.PRSpZHTq.dpuf

Tahniah McDonald's Malaysia Anjurkan Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/tahniah-mcdonalds-malaysia-anjurkan.html#sthash.LVQVjWhw.dpuf

Jom Kenali Dalang Cubaan Boikot McDonald's Malaysia - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/jom-kenali-dalang-cubaan-boikot.html#sthash.qTIqjuiv.dpuf

- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/#sthash.zFwAyueo.dpuf

Menjawab Fitnah bahawa McDonald's Malaysia menyumbang kepada Israel - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/menjawab-fitnah-bahawa-mcdonalds.html#sthash.9WIVHhLg.dpuf


Kembali kepada dakwaan bahawa McDonald's membiayai Israel dalam konflik di Palestin melalui organisasi Jewish United Fund (JUF), dakwaan ini sebenarnya adalah tidak benar dan tidak bearasas sama sekali. Dakwaan ini timbul apabila terdapat beberapa pihak yang mengatakan bahawa McDonald's Corporation menyumbang kepada JUF melalui program "Matching Gift".

Latar Belakang

JUF merupakan sebuah badan kebajikan yang berpusat di Amerika Syarikat. Malah, terdapat beribu - beribu badan berkebajikan di Amerika Syarikat dan JUF is one of it. Di McDonald's terdapat satu program yang dikenali sebagai "Matching Gift" dimana pekerja - pekerja McDonald's boleh menderma kepada badan kebajikan yang ditentukan oleh pekerja dan McDonald's akan "match" apa yang disumbangkan oleh pekerja tersebut. 

Contohnya, jika pekerja bernama "A" mendermakan USD 1 dollar kepada NGO  "B", McDonald's Corporation juga akan mendermakan USD 1 dollar kepada NGO "B" tersebut. Namun McDonald's tidak pernah menentukan mana NGO yang wajar diberi bantuan. Ini ditentukan oleh pekerja itu sendiri. McDonald's Corporation hanyalah satu dari beribu - ribu syarikat di Amerka Syarikat yang mempunyai program ini. 


Namun, program Matching Gift ini tidak melibatkan McDonald's Malaysia. 

Impak terhadap McDonald's Malaysia

Namun, akibat dakwaan liar dan tidak benar ini, kakitangan McDonald's Malaysia telah menerima impak yang sangat negatif. Kakitangan McDonald's Malaysia yang rata - ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam telah disisihkan, dicaci, diancam malah ada diantara kakitangan McDonald's Malaysia telah diserang secara fizikal oleh mereka yang tidak tahu perkara yang sebenar. 


Malah ada diantara NGO yang mahu memboikot McDonald's Malaysia kerana salah faham ini. Namun sebenarnya aktiviti - aktiviti boikot ini telah menimbulkan pelbagai musibah kepada francais - francais McDonald's di Malaysia. Adakah kita mahu McDonald's Malaysia lingkup dan anak muda kita kehilangan pekerjaan dan perniagaan mereka? Adakah ini wajar? 

Renungkanlah.

3 comments:

Unknown said...

mcd promote makanan tak sehat..

Unknown said...

mcd promote makanan tak sehat..

Ma Gold Dor said...

kompeni mcd malaysia dah lama berpuluh tahun dlm industri ni, dah boleh bukak rangkaian sendiri dgn brand sendiri... tealive boleh buat, mula2 dulu jd franchisee brand Taiwan chatime, dlm masa hy beberapa tahun dah buat brand sendiri.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget