KL CHRONICLE: Dr Mahathir juga tidak berundur dengan mudah, bidas Lim Kit Siang

Saturday, December 26, 2015

Dr Mahathir juga tidak berundur dengan mudah, bidas Lim Kit Siang



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengguna pakai nasihatnya sendiri bahawa seseorang pemimpin perlu berundur jika prestasi mereka tidak lagi memberangsangkan kerana terus berada di puncak kekuasaan selama 22 tahun tetapi hanya menyaksikan kemerosotan negara ini, kata pemimpin veteran DAP yang juga seteru lama beliau Lim Kit Siang, hari ini.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu berkata demikian bagi membidas tulisan Dr Mahathir di laman blognya baru-baru yang dipetik sebagai berkata ‘ada sesuatu yang reput membusuk’ dalam barisan kepimpinan kerajaan Malaysia sekarang.



“Tidak kurang ironinya kerana di bawah era Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981-2003 sebenarnya yang pereputan dan pembusukan itu bermula, di mana sebelum itu kepimpinan awam dan politik di bawah tiga perdana menteri sebelumnya iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn sangat dihormati tetapi telah dibuang begitu sahaja.

“Kebebasan rakyat yang dirampas, keadilan dan kemuliaan manusia yang diserang tanpa henti, mengakibatkan pembusukan semakin teruk ditambah pula dengan kemusnahan institusi demokrasi dan doktrin pengasingan kuasa,” kata Lim dalam kenyataan beliau hari ini.
Lim juga mendakwa pentadbiran Dr Mahathir yang memejam mata terhadap terhakisnya kebebasan dan integriti institusi kehakiman, kemerosotan institusi awam, serta kehilangan daya dinamik negara yang antara lainnya menjadikan Malaysia tidak lagi kompetitif dengan negara jiran.

“Adakah Mahathir bersedia untuk membenarkan tempoh 22 tahun beliau menjadi perdana Malaysia di mana bermulanya ‘pembusukan’ itu disiasat dan dikaji sepenuhnya?” soal Lim dalam kenyataan beliau, Jumaat.

Semalam Dr Mahathir berkata, mereka yang memegang tampuk kuasa perlu belajar untuk mengukur sama ada kepimpinan mereka masih lagi diperlukan dan berundur sebelum mereka dipaksa berbuat demikian, sambil berkata beliau telah melepaskan kuasa dalam kerajaan atas kehendak sendiri selepas lebih dua dekad.

“Tiada siapa yang menolak saya apabila saya meletakkan jawatan, (saya) hanya fikir 22 tahun adalah terlalu lama.

“Tetapi jika anda tidak cemerlang dan orang mengkritik anda, maka silalah lakukan perkara yang mudah untuk negara ini,” kata beliau dalam forum “The Malaysian Dilemma” anjuran Centre for a Better Tomorrow.

Dalam sidang media selepas itu, Dr Mahathir menjelaskan bahawa seseorang pemimpin itu biasanya akan dapat menilai sama ada sudah tiba masa untuk memberi laluan kepada pemimpin lain dengan mengukur jumlah sokongan yang diterima.

1 comment:

Unknown said...

KIHKIHKIH.................Adakah Lim Kit Siang sendiri BERUNDUR,
bila dia dikritik oleh pemimpin DAP................???????
Periok kata b elanga hitam, padahal pantat sendiri hitam legam.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget