KL CHRONICLE: Datuk Seri Tengku Adnan beri Midin amaran, jangan bertindak luar batasan

Monday, December 7, 2015

Datuk Seri Tengku Adnan beri Midin amaran, jangan bertindak luar batasan



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau bakal berdepan tindakan disiplin.

Beliau berkata, parti itu tiada halangan dan menyerahkan keputusan kepada Muhyiddin jika beliau ingin membuat ucapan sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula esok malam.



“Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’ (ucapan), terpulang pada dia.

“Cuma 'don’t cross the line, you cross the line, we will take action' (jangan melampaui atasan, kalau melampaui batasan, kami akan ambil tindakan),” katanya dipetik sebagai berkata di Putrajaya menurut laporan portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini. – 7 Disember, 2015

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget