KL CHRONICLE: Datuk Seri Dr. Ir. @weekasiongmp mahu produk Halal Malaysia masuk ke pasaran China

Wednesday, December 2, 2015

Datuk Seri Dr. Ir. @weekasiongmp mahu produk Halal Malaysia masuk ke pasaran China


Timbalan Presiden MCA yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong hari ini telah menghadiri Majlis "Halal Forum 2015" yang dianjurkan oleh Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs (SAME), Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). Objektif utama "Halal Forum 2015" ini diadakan adalah untuk mengumpulkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari pelbagai latar belakang duduk semeja untuk bertukar pendapat serta idea dalam mempertingkatkan industri halal di negara ini. 





Bagi mereka yang tidak mengenali Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, sejak beliau dilantik menjadi Menteri yang bertanggungjawab terhadap IKS bagi masyarakat Cina, beliau telah   bekerja keras untuk berjumpa dengan persatuan-persatuan serta peniaga IKS bagi menerima pandangan serta pendapat bagaimana meningkatkan mutu IKS di negara ini. Malah, bukan sahaja beliau berjumpa dengan usahawan IKS Cina malah beliau telah berjumpa dengan semua kaum bagi mendapatkan nasihat serta pandangan mereka.  

Kembali kepada Industri Halal di negara ini, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa  hampir 70% industri produk halal negara disertai oleh syarikat IKS bukan bumiputera dimana syarikat - syarikat IKS ini telah mengikut setiap prosedur yang ditetapkan oleh JAKIM sehingga mereka ini mendapat Sijil Halal keluaran JAKIM sekaligus membuka peluang untuk mereka berniaga ke serata dunia dimana permintaan untuk makanan halal sentiasa meningkat. 

Menyedari hakikat ini, dan tahu bahawa industri makanan halal merupakan satu perniagaan yang lumayan, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong mahu IKS Malaysia dengan kerjasama dari HDC serta JAKIM memberi fokus yang lebih kepada pasaran China kerana China merupakan antara rakan dagangan terbesar negara dengan jumlah dagang hampir USD 100 Billion selama 2 tahun berturut-turut. Malah kini, Malaysia juga telah mempunyai sebuah pelabuhan di China iaitu Weifang Sime Darby Port dimana pelabuhan ini dapat jadi "pintu masuk" produk Halal Malaysia ke negara China. 

Bagi kami di #KLChronicle, kami berharap usaha yang dimainkan oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong untuk membantu IKS tempatan, tidak kira agama dan bangsa ini diambil peluang sebaik mungkin oleh usahawan tempatan. Buktikan yang Malaysia adalah antara pengeluar produk halal terbesar di dunia. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget