KL CHRONICLE: Datuk Noor Ehsanuddin Mahu Wanita UMNO Bersatu tangkis fitnah di Media Sosial

Tuesday, December 15, 2015

Datuk Noor Ehsanuddin Mahu Wanita UMNO Bersatu tangkis fitnah di Media Sosial




Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid baru - baru ini semasa Perhimpunan Agung UMNO, #PAU2015 telah mengingatkan Wanita UMNO Malaysia terutamanya Skuad Sayang  supaya bersatu dan bekerjasama bagi menangkis fitnah jijik serta putar belit pihak pembangkang di media sosial yang kini semakin menjadi - jadi.  



Pesanan ini diutarakan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ketika berucap di majlis makan malam yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Malaysia untuk menghargai segala usaha dan sumbangan Sukarelawan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia yang dikenali antara skuad yang paling efektif dalam membantu kempen Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya kecil (PRK). 

Memetik kenyataan Datuk Noor Ehsanuddin; beliau memuji Wanita UMNO sebagai "Energetik" dimana mereka tidak kisah bekerja bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Namun, hasil usaha mereka ini kurang diberi "publisiti" di media sosial dan oleh sebab ini kejayaan Skuad Sayang kurang diketahui oleh orang ramai. 

Bagi kami di #KLChronicle, pesanan serta pujian Datuk Noor Ehsanuddin kepada Wanita UMNO Malaysia adalah wajar dan tepat. Ini kerana Wanita UMNO Malaysia sudah banyak berkorban dan berjasa kepada parti. Pengorbanan mereka ini juga telah dihargai oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dimana dalam ucapan - ucapan beliau banyak menyentuh perjuangan Wanita UMNO dalam parti. 

Namun, bagi kami, usaha Wanita UMNO yang selama ini turun "on the ground" perlu diberi lebih banyak publisiti melalui media sosial. Ini kerana, pembangkang walaupun tidak membantu rakyat dan turun on the ground tetapi bila mereka mengadakan satu program walaupun kecil hebahan mereka melalui media sosial sangat efektif. Ini sekaligus memperlihatkan mereka (pembangkang) banyak membantu rakyat namun sebenarnya mereka tidak buat  apa - apa pun. 

Kami di #KLChronicle berharap Wanita UMNO Malaysia akan mengambil nasihat Datuk Noor Ehsanuddin ini dengan hati yang terbuka lantas menjadikan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia antara pasukan sukarelawan yang disegani di negara ini. Keep up the good work Wanita!

1 comment:

Unknown said...

Nak tangkis macam mana, jika puak2 tu penembak tepat, lebih2 lagi senjata tu dituju pada Najib
yang sedang berucap mengenai IMDB & wang derma Rm2,600juta, jenuh pusing la, bak hang oi, dunia sekarang ne, dah tua2 mcm aku ini pun ada facebook & sedang komen diblog hang ne, kita hidup didunia ne, perpada-pada lah, sapa x mau jadi kaya & berkuasa, tapi kita jgn tekan orang lain.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget