KL CHRONICLE: Celaka Punya YTL Corporation #ERL #Boycott

Sunday, December 13, 2015

Celaka Punya YTL Corporation #ERL #Boycott


Tahukah anda kerajaan TERPAKSA MEMBAYAR PAMPASAN sebanyak RM2.9 Bilion atau MELANJUTKAN TEMPOH KONSESI selama 30 TAHUN kepada syarikat konsesi ERL (yang dikuasai YTL) untuk mengekalkan harga tiket pada kadar lama setelah 14 tahun ditangguhkan kenaikkannya?

Najib Razak juga menyifatkan perjanjian konsesi "jangka panjang" ERL ini sebagai "Perjanjian Berat Sebelah" sewaktu dimeterai pada tahun 1997 dalam ucapan penggulungan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2015.


Sebagaimana diakui oleh Tun Mahathir sendiri pada 2007 (Rujukan kenyataan Tun Mahathir: http://www.thesundaily.my/node/171646) bahawa beliau MELAKUKAN KESILAPAN kerana tidak membaca, meneliti dan memahami perjanjian konsesi dengan baik sebelum dimeterai oleh kerajaan dan syarikat konsesi ketika pentadbirannya.

Tun Mahathir juga menasihatkan agar kerajaan (hari ini) tidak mengulangi "KESILAPAN" yang telah beliau lakukan sebelum ini.

Namun ERL bukanlah satu-satunya "KONSESI LEGASI KESILAPAN Tun Mahathir", berpuluh-puluh lagi "KONSESI LEGASI" yang perlu ditanggung oleh kerajaan semasa dan kesannya terus menghantui pengguna (rakyat) hari ini di mana penjimatan perbelanjaan kerajaan juga perlu diambil kira dengan teliti.

Perlu juga kita ketahui bahawa 10% saham pemilik "SYARIKAT KONSESI LEGASI ERL" dimiliki oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Pengerusi melalui anak syarikat dalam organisasi kroni YTL.

Semoga pentadbiran Najib Razak berjaya menangani isu-isu "MASALAH KONSESI LEGASI" ini dengan baik untuk terus mensasarkan PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN kepada GOLONGAN SASAR yang lebih memerlukan berbanding hanya tertumpu di kawasan bandar (urban) sahaja yang nilai pampasannya berbilion RM untuk ditanggung oleh kerajaan semasa.

Najib Razak juga mengumumkan diskaun untuk pengguna ERL dan komuter dalam ucapan penggulungan PAU 2015. Beliau juga meminta KTMB untuk membuat beberapa pengumuman mengenai diskaun lain yang akan ditawarkan kepada rakyat menerusi perkhidmatan awam komuter. (Berita selanjutnya diskaun ERL & Komuter oleh YAB PM: http://www.bharian.com.my/node/104487).

2 comments:

usin said...

sambil2 melanyak najib siang malam, apa kata mahathir masukkan sekali kesilapan2nya sepanjang menjadi pm selama 22 tahun. perjanjian berat sebelah, konsesi cekik darah dan sebagainya wajar sangat dimasukkan dalam agenda roadshownya. last2 dalam roadshownya sebutlah bahawa nilai songlap pm sekarang lebih besar daripada nilai2 kerugian yang ditanggung negara sepanjang beliau memerintah. biarlah rakyat menilai kedua2nya... bagi peluang rakyat berfikir dan membuat keputusan untuk 2018 kelak.

rahsia18 said...

Isu ERL.
Ramai salahkn YTL sebabnya dimomok-momok kan yg YTL adalah kroni Tun M. Mari saya jelaskan apa yang patut kita tau. Kena ingat juga TABUNG HAJI ada 40% pegangan dalam syarikat ini.

Sebarang kenaikan tambang untuk perkhidmatan pengangkutan awam perlu ada kelulusan dari MoT dan SPAD. Untuk mendapatkan kenaikan tambang pihak operator perlu mengemukan jusitifikasi mengapa perlu ada kenaikan. Dan jika kerajaan menerima jusitifikasi pihak operator barulah diberi kelulusan untuk menaikan harga tambang. Dalam konteks ERL ini ataupun mana-mana operator perkhidmatan pengangkutan awam jusitifikasi yang diberi ialah kos operasi yang meningkat, kos peralatan maintainance meningkat dan kos-kos lain juga meningkat. Justeru kerajaan harus meluluskn permohonan ini kerana jika ditolak dan kerajaan meminta operator mengekalkan tambang kerajaan perlu menanggung subsidi yang dibayar kepada operator.

Kesimpulanya apa-apa pun punca kenaikan tambang pengangkutan awam datang dari kerajaan sendiri kerana gagal mengawal kos peralatan kos kehidupan rakyat yang kian meningkat, kenapa sibuk tuduh YTL? Sejak 2002, kerajaan tak benarkan kenaikan... kenapa sekarang kerajaan benarkan? SALAH KERAJAAN DULU JUGA KE? Kalau Prasarana naik kan tambang MRT/LRT dan bus tk bising plak, salahnya semua salah kerajaan ini jelas, sekian terima kasih

PARA DEDAKIAN TAK PAYAH SPIN FAKTA, RAKYAT MALAYSIA BUKAN BODOH MACAM KORG YA!

LAGI SATU, EHHH kami INGAT KAMI PEDULI KE YTL KE EDRA KE CHINA KE AMERIKA KE SAPA KE NAK TELANGKUP? SOAL SEKARANG RAKYAT TERSEPIT DAN TERKESAN, SIAPA KERAJAAN? KENAPA NAK AMBIL JALAN MUDAH MENYALAHKAN PIHAK LAIN KALAU PENGERUSAN SENDIRI TAK BETUL? ADAKAH ANDA TAK TAHU BUAT KEJE ANDA? JIKA TAK TAHU BAIK BERUNDUR, BERI ORANG LAIN LEBIH BIJAK NAIK GANTI ANDA. NAJIB NI PANDAI SELESAIKAN MASALAH KE ATAU PANDAI MENYALAHKAN ORANG LAIN? SIAPA PM NI? LIM KIT SIANG KE? JIKA TAK MAMPU APA NAJIB PERLU BUAT? UNDUR LER, TAK KAN TAK FAHAM LAGI!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget