KL CHRONICLE: CAP sangkal dakwaan ADUN PKR mengenai isu tambakan laut #Tamak #Penipu

Thursday, December 17, 2015

CAP sangkal dakwaan ADUN PKR mengenai isu tambakan laut #Tamak #Penipu

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata kebanyakan komuniti nelayan yang ditemui CAP menyuarakan kebimbangan mereka terhadap projek penambakan Permatang Damar Laut yang masih di peringkat perbincangan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyangkal dakwaan tidak berasas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim cadangan projek penambakan laut di Permatang Damar Laut disambut baik oleh komuniti nelayan pantai di kawasan itu.



Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata kebanyakan komuniti nelayan yang ditemui CAP menyuarakan kebimbangan serta bantahan mereka terhadap projek penambakan laut yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata tinjauan CAP juga mendapati pelaksanaan projek ini bukan sahaja menyebabkan zon tangkapan nelayan pantai menjadi sempit, malah masalah pencemaran laut dan mendapan lumpur terpaksa mereka hadapi.

"Masalah ini berpunca daripada kegiatan penambakan laut, pemusnahan hutan paya bakau, pencemaran dari kilang dan kolam ternakan udang serta sisa lumpur dari tapak projek pembangunan," katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mengambil kira kesan buruk ke atas ekosistem alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan sebelum merancang sesuatu projek pembangunan yang dilihat lebih menguntungkan pemaju.

Pada 15 Disember lepas, Abdul Malik tanpa sebarang bukti telah mendakwa kerja-kerja tambakan laut di negeri ini diterima baik para nelayan sedangkan pada Ahad lalu kira-kira 1,500 nelayan mengadakan demonstrasi secara aman menentang cadangan penambakan laut di perairan Permatang Damar Laut, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul. 

1 comment:

azlan aini said...

Pakat sokong ramai ramai Pakatan.. Undi lgi bnyak.. Kemudian pakat teriak serupa Adun yang ada title Dr hari tuh..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget