KL CHRONICLE: Artikel untuk pentaksub dan macai Dr. Mahathir

Monday, December 14, 2015

Artikel untuk pentaksub dan macai Dr. Mahathir

Bekerjasama bersama Claire Brown untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat

ANTARA DULU DAN SEKARANG

Ada seorang Hamba Allah membuat posting mengatakan Tun Mahathir membuat tinjauan berjalan sana sini maka tahu rasa hati rakyat manakala DS Najib tidak.

DI sini saya memperjelaskan kedudukan sebenarnya.



DS Najib paling kurang sebulan sekali turun ke padang (tidak termasuk lawatannya di kawasan Parliamen beliau). Dalam tiga bulan lepas sahaja beliau melawati sebuah sekolah di kawasan perumahan harga rendah di Cheras, Hospital Kajang, berjumpa dengan para pembeli di supermarket Giant, Hospital Shah Alam, pusat UTC di Kuala Lumpur, dan DS Najib bukan sahaja berjalan meninjau tetapi juga mengambil masa “mengopi” dengan beberapa orang muda dan peniaga di Wangsa Walk dan KL Sentral, dua bazaar Ramadhan, lawatan ke pasar tani dekat Putrajaya, sebuah pasar di Sarawak perkampungan orang Asli di Sarawak dan di Sabah. Ini yang saya ingat sepintas lalu dan ada besar kemungkinan ada 3-4 lagi yang saya lupa.

Tetapi DS Najib tidak mengembar-gemburkan lawatan-lawatan ini. Lawatan ini di buat secara senyap dan selalunya secara tergempar.

Mengenai peningkatan kos sara hidup, salah satu dari aduan orang ramai adalah kos pengangkutan dan tol jalan raya.

Di maklumkan PLUS Berhad, syarikat yang memiliki Lebuhraya Utara-Selatan, dulunya di miliki oleh Tan Sri Halim Saad, seorang sahabat-karib Tun Daim.

Adakah anda tahu jika berdasarkan perjanjian Lebuhraya Utara-Selatan yang asal yang di tandatangani semasa pentadbiran Tun M, sewaktu di miliki oleh Tan Sri Halim Saad, hari ini bayaran tol dari Bukit Kayu Hitam, kedah ke Skudai, Johor adalah RM216.80 ringgit bagi kenderaan kelas 1.

Di bawah Kerajaan kepimpinan DS Najib,pada tahun 2011, kadar tol di kira balik (reviewed) menjadikan jumlah tol untuk perjalanan yang sama sekarang adalah 102.80 ringgit, setengah dari bayaran tol jika perjanjian asal di teruskan!

DS Najib juga mengarahkan pemilikan PLUS, di ambil-alih oleh KWSP (EPF). Oleh kerana tuan punya highway PLUS sekarang adalah KWSP, sebuah agensi Kerajaan, maka adalah lebih senang untuk berunding dan juga, kalau ada kenaikan tol pun, hasilnya akan tersalur kepada pencarum-pencarum EPF, dan bukannya masuk ke dalam poket kroni.

Sama juga dengan ERL di mana Kerajaan terpakasa membayar pampasan RM2.9 bilion kerana harga tiketnya tidak di naikkan selama 14 tahun. Kerana kejatuhan pendapatan dari hasil minyak yang berkurang sebanyak RM30bn, Kerajaan tidak lagi berupaya membayar pampasan ini. Sebab itulah harga tiket ERL naik. Sungguhpun begitu, DS Najib telah mengarahkan diskaun dapat di berikan kepada golongan2 tertentu.

Ini hanya dua contoh projek-projek mega di bawah Tun M yang di mana di persetujui oleh pentadbiran Tun M tetapi sebenarnya bayarannya terpaksa di tanggung berpuluh-tahun selepas perjanjian-perjanjian tersebut di tandatangani. Orang lain dapat nama, DS Najib yang terpaksa menanggung kepayahannya, kena tibai dengan rakyat.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa pembayaran BRIM adalah pertama kalinya Kerajaan mengenalkan skim menampung kos sara hidup kepada rakyat yang memerlukannnya tanpa mengira bangsa dan agama. Skim BRIM ini di tentang hebat oleh Tun M.

Di bawah Tun M, subsidi di berikan untuk banyak keperluan harian seperti petrol, gula, minyak masak dan lain-lain. Tetapi subsidi sebegini adalah tidak adil kerana orang yang berpendapatan tinggi yang memiliki beberapa buah kereta dapat menikmati subsidi petrol dari seorang yang hanya memiliki sebuah motorsikal Kenapa Kerajaan harus membayar sebahagian kos petrol untuk kereta-kereta mewah milik orang kaya?

Adalah perlu juga hamba Allah ini tahu subsidi ini juga dapat di nikmati oleh para peniaga dan pengilang, umpamanya pengilang roti dan biskut. Biskut tersebut di eksport ke luarnegara dan pengilang mengaut kekayaan di atas subsidi titik peluh rakyat Malaysia. Adakah ini adil?

Buat pengetahun hamba Allah ini, jumlah isi rumah (households) golongan berpendapatan antara RM2,000-RM3,000 sebenarnya telah menurun dari 23% pada tahun 2012 kepada 12% pda tahun 2014?

Sementara itu, 55% dari isi rumah di negara ini, pendapatan bulanan mereka meningkat dari RM3,000-RM4,000 sebuan kepada RM4,000-RM5,000 pada tempuh 2012-2014 juga?

Kita boleh melihat bagaimana orang-orang muda dan se isi keluarga pergi bercuti keluar negara, bagaimana barangan mewah seperti Iphone laris di jual, dan restoran-restoran dan kafe-kafe tumbuh bagai cendawan.

Sungguhpun begitu, malangnya, kenaikan pendapatan ini di iringi oleh kenaikan kos barangan dan makanan terutamanya. Kenaiakan makanan (foodstuffs) meningkat kerana permintaan global yang meningkat dan juga pembekalan yang berkurangan. Umpamanya, pengeluaran cili kering di India menurun kerana akibat perubahan iklim. Sama juga pengeluaran barangan tenusu di Australia dan New Zealand.

Ramai yang menyalahkan GST tetapi GST di kecualikan untuk beratusan barang harian termasuk gula, teung, ikan, dan macam-macam lagi tetapi peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Malangnya juga, apabila di naikkan harga, peniaga mendapati permintaan untuk barangannya tidak menurun sehinggakan tiada jualannya. Ini bermakna terdapat golongan pembeli yang membeli juga barangan-barangan ini walaupun harganya naik. Hakikatnya, dari segi, ekonomi, terdapat kemampuan di dalam pasaran.

Saya setuju bahawa pemantauan semestinya di pergiatkan lagi untuk membenteras peniaga-peniaga yang tidak bermoral ini.

3 comments:

Anak malaysia said...

Kalau Najib betul2 prihatin kenapa jalan di Kuantan Pahang dikotori oleh bauksit dan menyusahkan penuduk disitu tak dapat diselesaikan.Cakap berdegar2 tapi kelentong saja lebih.

I think therefore I am... said...

Dulu macai pkr dan macai dap. Sekarang dek kerana ada bloggers cari makan, dah timbul macai tun mahathir pulak. Besok nanti ada pulak macai muhyidin, macai zahid, macai hishamuddin, macai itu dan ini. Kalau diperhati betul2, bloggers berbayar ni bukan dia kira melayu berpecah ke, atau islam ke mana ke. Janji masuk. Macam haram jadah

usin said...

encik asan, mp kuantan adalah fuziah saleh dari pkr. sebelum kes berpindah tangan kepada pm sewajarnya mp pkr ini membangkitkannya di parlimen. sementelah adun2 di kuantan selain dari bn juga dari pas dan pkr, kenapa tidak bangkitkan dalam persidangan dun? saya sudah merasa betapa seronoknya memandu ke kuantan melalui tol bukit goh. kereta akan disaluti dengan debu2 emas kemerahan! adakah adun2 ini walaupun dari parti berbeza tetapi bersepakat untuk zip mulut kerana kepentingan peribadi atau parti? jangan hanya menuduh kepada satu arah kerana contoh terbaik di kuantan menunjukkan tidak ada wakil mana2 partipun yang nampak kesusahan rakyat. mulut mereka dizip, tangan mereka dipulas kebelakang dan tengkuk mereka dicangkuk dengan sabit.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget