KL CHRONICLE: @anwaribrahim bakal bongkar isu ‘projek IC Mahathir’ minggu depan

Thursday, December 31, 2015

@anwaribrahim bakal bongkar isu ‘projek IC Mahathir’ minggu depan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus bersandiwara dengan menjadikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa seterusnya setelah menuduh kakitangan awam terlibat sepenuhnya dalam projek IC di Sabah.


Mahathir ketika memberi keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kerakyatan kepada warga asing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 11 September lalu mendakwa tidak tahu menahu mengenai ‘Projek IC’ dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana mengeluarkan dokuman kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak.

IC PROJEK copyDalam perkembangan berkaitan, Anwar akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan bekas majikannya, Mahathir dalam sidang RCI di Kota Kinabalu minggu hadapan.

Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pejabatnya kepada The Malaysian Insider hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI.
“Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan,” kata SMS itu.

Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55565

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget