KL CHRONICLE: Alhamdulillah, Akhirnya Dewan Negara luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara

Wednesday, December 23, 2015

Alhamdulillah, Akhirnya Dewan Negara luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara

Langkah proaktif kerajaan untuk membanteras keganasan dan mengambil iktibar dari kes Lahad Datu
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa pindaan. 

Dengan undian majoriti menyokong, rang undang- undang itu‎ memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 8 orang yang lain termasuk Panglima Angkatan Tentera  untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika penggulungan bacaan RUU itu berkata, kerajaan bersedia menerima pendapat serta input orang ramai yang memberi pandangan secara tafsiran dan ilmiah dan ianya wajar dibetulkan.

"Setelah ambil kira saya memberi pengakuan kerajaan akan mempertimbangkan sebaik- baiknya.

"Sekiranya ada kelemahan kerajaan akan kemukakan pindaan akta ini dalam sesi Parlimen akan datang," katanya Shahidan ketika menggulung RUU MKN di Dewan Negara hari ini.

RUU MKN dibahaskan selama 2 hari di Dewan Negara membabitkan penyertaan 36 senator  termasuk dari pihak pembangkang.

Shahidan memulakan penggulungan memberi peringatan kepada ahli Dewan Negara rang undang-undang ini amat penting untuk diluluskan supaya dapat mencegah insiden pengganas mengambil contoh kejadian di Lahad Datu dan Bernard Then.

"Walaupun membuat pelbagai cadangan mungkin tidak menyokong sekarang  ini, namun kena ingat masalah keselamatan bukan berada jauh tapi berada di pintu rumah kita.

"Jangan kita berlaku zalim kepada orang lain dengan tidak menyokong rang undang-undang untuk mencegah keganasan.

"Kita kena ingat kita terpengaruh dengan beberapa pihak luar sana untuk menentang rang undang-undang.

"Tetapi saya tidak pernah dengar daripada pihak sama mengucap takziah berhubung insiden Lahad Datu dan Bernand Then.

"Kita pertikaikan hingga lupa jenayah tidak menunggu  RUU siap ia datang bila-bila, sediakan payung sebelum hujan demikian juga dengan situasi ini," katanya.

Shahidan membuat penggulungan rang undang-undang itu tanpa menyatakan pindaan yang menyebabkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mengingatkan semula kepadanya akan janji mengenai pindaan dan  memastikan komitmen yang bakal diberikan ketika sidang itu berakhir.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget