KL CHRONICLE: Akar Umbi mahu Midin diambil tindakan kerana menentang Presiden #KekalNajib

Thursday, December 10, 2015

Akar Umbi mahu Midin diambil tindakan kerana menentang Presiden #KekalNajib


Pemimpin akar umbi ketiga-tiga sayap Umno – Wanita, Pemuda dan Puteri – kelihatan lebih cenderung ke arah bersetuju tindakan dikenakan terhadap timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat ucapan menentang presiden Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Bagaimanapun, tinjauan rambang mendapati, lebih ramai di kalangan pemimpin sayap Wanita dan Puteri berpendapat Muhyiddin patut dihukum, berbanding rakan mereka dalam Pemuda, yang kelihatan lebih bersifat memaafkan.



Tinjauan melibatkan 10 ahli daripada setiap sayap yang diadakan selepas berakhir persidangan perwakilan mereka semalam, bertanyakan sama ada sebarang tindakan yang perlu diambil terhadap Muhyiddin, yang menghadiri satu perhimpunan khas pada Isnin untuk bercakap kepada penyokongnya selepas dihalang daripada berucap di Perhimpunan Agung Umno.

Muhyiddin mengkritik cara Najib mengendalikan kontroversi berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib, pada perhimpunan di Kampung Baru itu, beberapa hari sebelum perhimpunan agung Umno bermula.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini berkata Muhyiddin mungkin akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin parti.

Dalam tinjauan itu, 13 pemimpin Wanita, Puteri dan Pemuda berpendapat tindakan perlu diambil terhadap Muhyiddin manakala 10 berpendapat beliau tidak patut dihukum.

Manakala 7 yang lain tidak pasti apa tindakan perlu diambil dan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi membuat keputusan.

Mereka yang mahu tindakan diambil ialah 6 ahli Puteri, 5 Wanita dan 2 Pemuda.

Sebaliknya, 6 daripada 10 ahli Pemuda berpendapat hukuman tidak perlu, sependapat dengan 3 ahli Wanita dan seorang ahli Puteri.

Pemimpin itu merupakan perwakilan ke perhimpunan sayap parti dan sebahagian daripada pemimpin bahagian Umno yang berpengaruh di peringkat pertengahan pelapis parti.

'Muhyiddin keterlaluan'

Ketua Wanita Cawangan Batu Gajah Ashiah Othman berkata perbezaan pendapat boleh diterima dalam parti tetapi tindakan Muhyiddin dianggap keterlaluan.

"Kita kena ambil tindakan sewajarnya. Sebenarnya, tidak ada masalah jika ada perbezaan, tetapi Muhyiddin sudah menghuru-harakan negara," katanya.

Muhyiddin sebelum ini berkata tindakan beliau menghadiri perhimpunan itu selepas parti tersebut melarangnya daripada menyampaikan ucapan pembukaan sayap yang merupakan satu tradisi dalam parti.

Majlis Tertinggi turut memutuskan menghalang Muhyiddin daripada memberi ucapan penggulungan pada akhir perhimpunan.

Ketua Pemuda Bahagian Lumut Mohd Shahril Yahya merasakan Muhyiddin tidak sepatutnya menghadiri perhimpunan di Kampung Baru itu dan secara terbuka memperlihatkan dirinya berbeza pendapat.

"Akan sentiasa ada salah faham dalam mana-mana parti politik, tetapi kami merasakan salah faham wajar diutarakan secara tertutup.

"Kami menghormati Muhyiddin tetapi kami tidak fikir dia sepatutnya melakukannya," kata Shahril.

Bersetuju dengan itu Naib Ketua Puteri Bahagian Ketereh Rosbadariah Abdullah berkata Muhyiddin seharusnya menggunakan platfom yang lebih baik menyuarakan ketidakpuasan hati.

"Bagi saya, ketua tetap ketua. Saya pun naib ketuaPuteri, jadi saya pun ikut saluran dan langkah yang betul. Kalau hendak lawan mungkin ada cara lain yang lebih baik," katanya.

Bagi Exco Pemuda Datuk Jeffri Salim, perselisihan di antara Najib dan Muhyiddin perlu diselesaikan secara dalaman.

"Saya hormati kedua-dua presiden dan timbalan presiden, tetapi kita seharusnya menghormati perlembagaan parti," katanya. – 10 Disember, 2015.

4 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

cepat!! sembang kencang!! sama bacul mcm presiden bijan

Unknown said...

RBA 20sen DAPig chibai dah masuk...jgn jadi bodoh katanya...hihihihi.....

jgn jadi bodoh!!! said...

sikit2 RBA!! tu yg 2 penggal xmenang2 2/3..lemah akal

jgn jadi bodoh!!! said...

sikit2 RBA!! tu yg 2 penggal xmenang2 2/3..lemah akal

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget