KL CHRONICLE: @weekasiongmp : MCA Akan Bantu Usahawan SME dalam penyediaan "working paper" untuk mohon bantuan kewangan

Sunday, November 29, 2015

@weekasiongmp : MCA Akan Bantu Usahawan SME dalam penyediaan "working paper" untuk mohon bantuan kewangan


Susulan daripada artikel kami yang disiarkan pada 27 November 2015 dimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kerana menyediakan peruntukan tambahan kepada Dana Pinjaman Small, Medium Enterprise (SME) Cina yang dikendalikan oleh KOJADI bawah MCA, hari ini kami ingin menyentuh tentang usaha MCA untuk membantu SMEs dari segi penyediaan "working paper". 



Menurut Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong melalui data yang ada pada MCA (KOJADI), 55.48 peratus pemohon SME yang memohon bantuan tidak berjaya kerana mereka dilihat tidak mampu membayar ansuran pinjaman yang diminta (low repayment ability). Malah, ada diantara pemohon yang menyerahkan "working paper" yang tidak komprehensif sekaligus menyebabkan pemohonan mereka gagal.

Menyedari hakikat ini, MCA melalui institut KOJADI bagi Tahun 2016 ialah untuk membantu sekurang-kurang 100 SMEs (dari pelbagai kaum) untuk mulakan kursus working paper (business plan) dan keluarkan satu template yang memenuhi keperluan dan kehendak funder. Program ini diharap dapat meningkatkan peratus SME yang berjaya dalam pemohonan mereka seterusnya mereka dapat mengembangkan perniagaan seperti yang dirancang. 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh  Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong wajar diberi pujian. Ini kerana pertama sekali MCA sebagai agen untuk dana SME telah melakukan amanah yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik mungkin. Malah, jika ada pemohon yang gagal, MCA akan melihat sebab mengapa mereka gagal, mungkin dari segi working paper yang tidak comprehensive sekaligus MCA akan terus membantu mereka sehingga mendapatkan bantuan.

Dengan usaha yang sebegini, kami yakin masyarakat akan menghargai usaha yang diambil oleh MCA. MCA terbukti bukan sahaja melakukan tugas dengan amanah, malah cuba juga berusaha untuk memastikan "target group" yang memerlukan bantuan sama ada dari segi profesional atau kewangan diberi bantuan yang sebaik mungkin. This is a good initiative dan kami berharap parti - parti komponen BN yang lain dapat mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh MCA. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget