KL CHRONICLE: @weekasiongmp bidas tindakan keji & jijik @N_Izzah berjumpa Ketua Pengganas Sabah

Saturday, November 21, 2015

@weekasiongmp bidas tindakan keji & jijik @N_Izzah berjumpa Ketua Pengganas Sabah



Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji & jijik Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Jacel Kiram, iaitu anak kepada Jamalul Kiram III, seorang pengganas yang telah membunuh tentera Malaysia ketika insiden pencerobohan "tentera Sulu" di Lahad Datu yang telah berlaku dua tahun lalu.


Menurut Wee, yang juga Ahli Parlimen Air Hitam(BN-Ayer Hitam) dia amat terkejut dan katanya Nurul Izzah bertanggungjawab memberi penjelasan.

"Saya amat terkejut ini berlaku. Tolong minta Nurul Izzah jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang mereka berdua bincangkan.Rakyat Malaysia semua nak tahu," katanya.


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Nurul Izzah ini merupakan satu tindakan yang sangat tidak sensitif terhadap rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sabah khususnya apabila beliau sanggup duduk semeja bersama seorang pembunuh yang telah menyebabkan kematian kepada anggota-anggota keselamatan kita. 

Malah, lebih merisaukan adalah kempen Jacel Kiram didalam pemilihan Senator Filipina adalah beliau ingin membawa keluar Sabah dari Malaysia. Persoalannya adakah Nurul Izzah menyokong Usaha Jacel Kiram membawa Sabah keluar dari Malaysia dan sebagai balasan Jacel Kiram menyokong usaha Nurul Izzah untuk membebaskan Anwar?

Ini membuktikan bahawa PKR tiada langsung prinsip politik. Mereka samggup menggadaikan negara hanya demi Anwar Ibrahim tanpa memikirkan sensitiviti rakyat. Wajarkah rakyat terus menyokong PKR?

 Al Fatihah untuk wira-wira Negara yang gugur di Lahad Datu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget