KL CHRONICLE: @weekasiongmp bidas tindakan keji Alvin Tan mencaci kesucian Al - Quran

Friday, November 13, 2015

@weekasiongmp bidas tindakan keji Alvin Tan mencaci kesucian Al - Quran


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji Alvin Tan yang mencaci kesucian Al - Quran serta agama Islam. Kritikan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong terhadap Alvin Tan senada dengan kritikan pemimpin BN yang lain terhadap perbuatan Alvin Tan ini yang telah membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini. 


Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong membuktikan bahawa beliau memahami isi hati serta sensitiviti umat Islam di negara ini. Ini berbeza dengan sikap DAP yang terus berdiam diri terhadap tindakan jijik Alvin Tan seperti mereka (DAP) setuju dengan tindakan beliau (Alvin). Persoalannya sekarang mengapa DAP membisu seribu bahasa?

Mana perginya pemimpin vokal DAP? Kenapa apabila umat Islam dihina sebegini rupa DAP tidak mengkritik Alvin? Ini membuktikan bahawa DAP sebenarnya tidak mengambil berat terhadap sensitiviti umat Islam tetapi sebenarnya hanya berpura-pura mengambil berat untuk meraih undi orang Melayu. 

Oleh itu, kami berharap orang Islam janganlah tertipu dengan sandiwara DAP dan akhirnya terpengaruh. Ini kerana akhirnya yang akan rugi adalah kita dan bukannya orang lain. Jangan nanti kita orang Melayu Islam terpaksa mengemis di negeri sendiri apabila DAP berkuasa.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget