KL CHRONICLE: @weekasiongmp berterima kasih kepada PM @NajibRazak kerana beri RM 50 Juta

Friday, November 27, 2015

@weekasiongmp berterima kasih kepada PM @NajibRazak kerana beri RM 50 Juta


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong semalam mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kerana menyediakan peruntukan tambahan kepada Dana Pinjaman Small, Medium Enterprise (SME) Cina yang dikendalikan oleh KOJADI bawah MCA. 


Dana tambahan yang diperuntukkan oleh Perdana Menteri adalah sebanyak RM 50 juta didalam #Bajet2016. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang diberi oleh PM kepada SME tempatan adalah sebanyak RM 100 juta dimana RM 50 juta adalah dalah bajet 2015 dan lagi RM 50 juta dalam bajet 2016.  Tujuan utama lebihan peruntukkan diberi kepada SMEs Cina di negara ini adalah untuk memastikan perniagaan mereka terus berkembang pesat. 

Menurut Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, sehingga hari ini seramai 145 buah syarikat SME Cina yang telah menerima manfaat dari bantuan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Jumlah dana keseluruhan yang diberikan kepada SME ini melalui MCA adalah sebanyak RM 31.2 Juta. Bagi kami di #KLChronicle, walaupun MCA merupakan sebuah parti politik, mereka tetap melakukan khidmat kepada masyarakat selepas diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri. 

Ini sangat berbeza dengan parti pembangkang, terutamanya DAP yang walaupun merupakan kerajaan di Pulau Pinang, mereka lebih sibuk berpolitik dan bergaduh sesama sendiri, terutamanya dengan PAS dan PKR sehingga 3,000 orang JKKK PAS dipecat oleh kerajaan negeri DAP dan 5 ADUN PKR tidak bersetuju dengan usul yang dibawa oleh Lim Guan Eng didalam dewan DUN. 

Kami berharap masyarakat Cina dapat menghargai usaha yang dilakukan oleh MCA untuk mempertingkatkan perniagaan SME Cina di negara ini melalui bantuan - bantuan yang disalurkan. Walaupun MCA telah kalah teruk dalam PRU yang lepas, mereka tetap konsisten bekerja demi kesejahteraan masyarakat Cina. Usaha murni mereka (MCA) ini wajar diberi penghargaan dan kami berharap sokongan rakyat akan kembali kepada MCA. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget