KL CHRONICLE: #TahukahAnda Penyertaan PLKN secara sukarela dijangka dilaksanakan menjelang 2019?

Tuesday, November 17, 2015

#TahukahAnda Penyertaan PLKN secara sukarela dijangka dilaksanakan menjelang 2019?



Menyedari bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan belia dan anak muda negara, kerajaan melalui Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menetapkan bahawa menjelang tahun 2019, penyertaan PLKN adalah secara suka-rela bagi memberi peluang kepada semua belia dan anak muda menyertai program ini. 



Malah, kami di #KLChronicle sebelum ini pernah menulis tentang program #PLKN2.0 dimana kami ada mengeluarkan satu artikel yang telah memuji tindakan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid  yang telah mengambil langkah yang proaktif dengan mewujudkan satu kolaborasi bersama 10 buah kementerian untuk melatih pelatih PLKN dan dijangka mampu menyediakan seramai 258,000 orang pekerja mahir dari kalangan pelatih PLKN yang telah tamat latihan. See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/10/berita-baik-untuk-semua-bekas-pelatih.html#sthash.HlGUhgP1.dpuf

Jika dilihat dari inisiatif yang dibawa oleh Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, bekas peserta PLKN akan mendapat banyak manfaat daripada kerajaan. Menyedari hakikat ini, tidak pelik jika PLKN menjadi antara program yang "sought after" oleh belia dan anak muda negara. Malah, melalui program PLKN 2.0 golongan belia akan diserapkan dengan ilmu kemahiran dan kepandaian lain yang memberi nilai tambah untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka di dunia pekerjaan. 

Bagi kami di #KLChronicle, usaha Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid untuk memperkasakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dilihat membuahkan hasil. Program yang dulunya kurang mendapat sambutan oleh belia dan anak muda kini menjadi salah satu program yang dinanti-nantikan bagi mereka. Ini kerana, mereka sedar bahawa PLKN 2.0 bakal meningkatkan kemahiran mereka sekaligus menjadikan mereka "marketable" didalam pasaran kerja. 

Secara konklusinya, adalah sangat penting bagi kerajaan memastikan PLKN terus diperbaiki dan dipertingkatkan mengikut peredaran zaman. Ini kerana melihat kepada keadaan ekonomi sekarang yang kurang memberangsangkan, kerajaan perlu membantu golongan muda ini kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget