KL CHRONICLE: #TahukahAnda 12,384 pengundi mahu pindah kawasan mengundi

Saturday, November 7, 2015

#TahukahAnda 12,384 pengundi mahu pindah kawasan mengundi


Baru-baru ini pihak pembangkang & Bersih 2.0 telah melakukan tuduhan & fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kononnya "menghalang" rakyat daripada mendaftar sebagai pengundi dan menukar tempat mengundi. 




Namun, ini sebenarnya adalah cubaan jijik pihak pembangkang untuk memburukkan imej SPR seterusnya membangkitkan perasaan marah rakyat terhadap SPR kerana kononnya ada cubaan untuk menghalang rakyat mengundi pada PRU akan datang.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Melalui data & statistik yang dikeluarkan oleh SPR, seramai 12,384 pengundi berdaftar kini telah menukar kawasan mengundi mereka tanpa sebarang masalah. 


Persoalannya sekarang, adakah penukaran kawasan pengundi ini satu usaha terancang pihak pembangkang terutamanya DAP untuk menembusi kawasan PAS seperti yang diumumkan oleh Tony Pua? 

Ini yang harus kita berjaga-jaga. Pihak pembangkang menyerang SPR tetapi mereka sendiri memanipulasi undang-undang sedia ada demi kepentingan mereka. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget