KL CHRONICLE: Tahniah Polis Bantuan @MyRapidKL Bantu Kanak-kanak yang hilang di #KinraraBK5 @hjhrohanikarim

Saturday, November 7, 2015

Tahniah Polis Bantuan @MyRapidKL Bantu Kanak-kanak yang hilang di #KinraraBK5 @hjhrohanikarim


Inisiatif Polis Bantuan Kembalikan Kanak-kanak Ke Pangkuan Keluarga

Stesen LRT Kinrara BK5
6 November 2015

Kisah kemasyarakatan ini membuktikan nilai kemanusiaan tidak mengenal sesiapa , tanpa mengira warna kulit atau agama.




Pelbagai kisah berlaku dapat kita jadikan tauladan dan panduan terutama kes-kes yang berlaku membabitkan pengangkutan awam.

Kisah ini bermula kira-kira jam 11 pagi tadi apabila anggota Polis Bantuan Prasarana , PB Zakaria, menemui seorang kanak-kanak lelaki merayau-rayau di platform LRT Kinrara BK5.

Tanpa ditemani sesiapa dan berjalan berseorangan tanpa arah tujuan, kanak-kanak berusia kira-kira 5 tahun ini kemudian dibawa menemui Pengurus Stesen, Zaimi Mahasan.

Usaha mengesan ibu bapa atau penjaga segera dilakukan dengan membawa kanak-kanak ini ke pejabat tiket.

Beberapa pertanyaan kepada kanak-kanak ini seperti dimanakah ibunya dan rumahnya, tidak mendapat respon.

Hebahan di stesen juga gagal menemui ibubapanya

Hebahan melalui media sosial Facebook juga dilakukan.

Sementara itu, penyelia Polis Bantuan hari ini, Kopral Nuri yang tiba setelah dimaklumkan, mengecam kanak-kanak ini kerana pernah ternampak merayau-rayau di Stesen Muhibbah.

Kesimpulan awal, kanak-kanak ini dipercayai adalah dari Kg Muhibbah.

Atas inisiatif anggota Polis Bantuan tersebut, (Kopral Nuri, PB Zakaria dan PB SyedHauruddin) kanak-kanak ini kemudian di bawa ke Kg Muhibbah menemui Komuniti Muhibbah di pejabat kecil Kg Muhibbah.

Akhirnya, pegawai bertugas di Komuniti Muhibbah mengesahkan bahawa kanak-kanak ini adalah anak kepada penghuni di tingkat 5, Blok 5.

Akhirnya, kanak-kanak ini ditemukan semula dan diserahkan kepada ibunya.

 Syabas Polis Bantuan Prasarana kerana  inisiatif dan  komitmen anda dalam menjalankan tugas.

Kepada ibu bapa, sentiasalah awasi anak-anak anda.

Dalam kes sebegini, jika tindakan lambat diambil atau disedari, kanak-kanak dalam keadaan ini, mungkin menjadi sasaran mereka tidak bertanggungjawab.

Ketika itu, airmata darah sekalipun, tidak akan bermakna lagi...

#polisbantuanprasarana #prasarana #rapidkl #rapidrail #kinrarabk5

Sumber: ondscene.my

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget