KL CHRONICLE: SUHAKAM mengeluh walaupun diberi RM 5.5 Juta oleh Kerajaan

Wednesday, November 11, 2015

SUHAKAM mengeluh walaupun diberi RM 5.5 Juta oleh Kerajaan

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Tan Sri Hasmy Agam melahirkan kebimbangan berhubung pengurangan peruntukan bajet bagi 2016 yang pasti akan menjejaskan program dan aktiviti dirancang suruhanjaya itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.
Walaupun diberi RM 5.5 juta masih tidak tahu bersyukur
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyoal Putrajaya berhubung keputusan mengurangkan peruntukan bajet untuknya bagi tahun 2016, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.



Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, suruhanjaya itu kecewa kerana ini bermakna program-program tertentu yang dirancang sebelum ini tidak boleh dilaksanakan walaupun kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM5,509,400 kepada Suhakam pada 2016.

"Kami tentunya sangat bimbang mengenai potongan drastik bajet itu kerana ia akan memberi kesan buruk kepada program dan aktiviti yang dirancang," katanya.

Terdahulu, kumpulan NGO pro pembangkang hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyelar Perdana Menteri kerana mengurangkan bajet Suhakam untuk 2016, mengatakan ia akan menyukarkan suruhanjaya itu menjalankan operasinya dan kempen awam.

Bagi kami di #KLChronicle, daripada membazir hampir RM 5.5 juta kepada segolongan kecil ahli Suhakam, lebih elok wang tersebut digunakan sebagai biasiswa untuk pelajar-pelajar Malaysia tidak kira kaum atau agama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan duit sebanyak itu, hampir 55 orang pelajar dapat ditaja untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan didalam negara. Apa istimewa pihak Suhakam ini sehingga mereka perlu diberi jutaan ringgit untuk membuat program?

1 comment:

kohlberg steven said...

suruh dia jumpa bapak bapak yahudi kat US tu kalau nak mintak bajet lebih....munkin bapak bapak yahudi kat US tu boleh sponsor 5.5 billion kat suhakam....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget